Seriuslah Fan Bingbing Lakukan 28 Step Rutin Kecantikan

Fan Bingbing lakukan 28 step untuk rutin kecantikan?

IKLAN

Mungkin sebab itu dia diangkat sebagai wanita tercantik di China. Miliki kulit putih melepak dan bersih, hidung mancung terletak, mata galak serta bentuk wajah V bikin semua wanita cemburukan kesempurnaan fizikalnya.

Bercerita tentang rutin kecantikan, baru-baru ini Fan Bingbing mendedahkan step yang dilakukan bagi mengecapi kulit wajah bersih, sihat dan bersinar. Fan Bingbing sendiri pernah menceritakan bagaimana dia sangat menitik berat tentang soal penjagaan wajah. Dia mahukan yang terbaik untuk kulit wajah, dan sering bertukar produk.

Foto – Twitter

Jadi tidak hairanlah dia melakukan sampai 28 step saja untuk kekal cantik. Seluruh rutin dibahagikan kepada siang dan malam, dengan rutin siang hari terdiri dari 13 yang berbeza dan 15 lagi untuk rutin malam.

Pada waktu pagi, jelitawan ini menggunakan pembersih yang tidak berbuih untuk membersihkan wajah sebagai langkah pertama, selepas itu menggunakan esen, youth-activating serum dan esen lagi, sebelum memakai topeng muka selama 20 minit.

Setelah menanggalkan topeng, dia mengulangi langkah esen, serum dan esen. Kemudian, dia meneruskan rutin menggunakan pelembap, krim mata, krim pelindung matahari dan akhirnya losyen tangan.

Foto – Arkib Wanista

Rutin malam lagi detail, dimulai dengan menghilangkan solekan dan membersih wajah dengan pembersih berbuih, gunakan toner. Kemudian, dia exfloliate wajah – kekerapan bergantung kepada keadaan kulit.

Seterusnya dia menggunakan minyak pati untuk mengurut wajah – antara 25 hingga 40 minit, guna topeng muka pula selama 20 hingga 30 minit.

Selepas itu, dia menggunakan esen, youth-activating serum, esen lagi, dan whitening essence, pelembap wajah, krim mata, sleeping mask, lip balm, krim untuk leher dan diakhiri dengan losyen tangan.

Fan Bingbing memberitahu bahawa untuk solekan lagi flawless dan kekal, dia akan memakai face mask terlebih dahulu.

IKLAN

Lagi satu, Fan Bingbing minum air panas bersama madu setiap pagi sebaik sahaja bangun untuk kesihatan dalaman. No wonder cantik!

RUJUKAN : 12

28 step fan bingbingaktres fan bingbingcara fan bingbing jaga mukafan bingbinggambar fan bingbingrutin kecantikan fan bingbing
Recommended