Sebagai ibu bapa kita mesti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak kita betul tak, asalkan anak-anak kita dapat membesar dengan sihat, kuat dan cergas.
Tapi entah bagaimana anak kita mengalami masalah tumbesaran atau dengan kata lain terbantut, bagaimana hal ini boleh berlaku sedangkan mereka sihat dan cergas. Mungkinkah ada yang kita terlepas pandang hingga menyebabkan ketinggian anak-anak terhenti?
Ikuti kupasan tumbesaran atau masalah anak bantut di bawah.
Faktor Anak Terbantut
Ibu bapa harus mengambil serius terhadap masalah bantut atau tumbesaran yang bakal atau boleh berlaku pada anak-anak, tiada siapa yang mahukan tumbesaran anak terhenti bukan.
Justeru itu, sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam perkara ini boleh membantu kamu menjadi lebih peka terhadap pertumbuhan anak-anak.
- Foto – News and Tribune
Ini beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah bantut berlaku pada anak-anak.
- Masalah berpunca dari genetik, di mana anak lahir dari ibu bapa yang bersaiz kecil (kerdil).
- Mempunyai masalah hormon, anak kekurangan hormon tumbesaran (growth hormone deficiency) lalu menyebabkan anak menjadi kerdil.
- Masalah sejak dalam kandungan, di mana berlaku masalah sindrom turner di mana kromosom berubah dan menyebabkan tumbesaran terbantut.
- Kekurangan nutrisi
- Mempunyai masalah pada kelenjar pituitari
- Menghidapi penyakit jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, atau gastrointestinal tract.
- Mengalami penyakit mitochondrial yang boleh menjejaskan tumbesaran anak.
Kenalpasti Tanda Anak Bantut
Sebagai ibu bapa penting untuk kamu kenalpasti keadaan fizikal anak kamu agar kamu dapat cari jalan penyelesaian dengan lebih awal dengan merujuk kepada pakar dalam kadar segera. Ini beberapa tanda atau gejala bagi mengenalpasti masalah tumbesaran anak di bawah.
- Foto – Arkib Wanista
- Ibu bapa dapat melihat tumbesaran menjadi perlahan pada anak di lihat antara usia dua hingga lima tahun.
- Semak rekod tumbesaran anak sejak berusia satu tahun untuk melihat perkembangan ketinggian anak dari tahun ke tahun, dan kalau dalam masa setahun anak hanya mencapai ketinggian 5 sentimeter ia adalah pembesaran yang minima.
- Bagi bayi yang baru lahir, beri perhatian pada berat bayi yang terlalu kurang dari yang sepatutnya.
- Buat pemeriksaan, jika anak mempunyai penyakit-penyakit lain yang kamu tidak sedar ada pada anak.
Rawat Anak Bantut Dengan Cara Yang Betul
Rawatan untuk anak yang mengalami masalah bantut ini bergantung pada jenis masalah tumbesaran yang dihadapi.
- Jika anak menghidapi masalah tumbesaran kerana kekurangan hormon tiroid, maka cara rawatannya adalah dengan menjalani terapi hormon tiroid.
- Jika anak menghidapi masalah kekurangan hormon tumbesaran (growth hormone deficiency), masalah sindrom turner, masalah buah pinggang atau berat badan kurang dari usia kandungan, maka cara rawatannya adalah dengan mengambil suntikan hormon pembesaran.
- Sokongan ibu bapa, kaunseling dan rawatan perubatan yang sesuai, boleh membantu masalah bantut yang dialami oleh anak kamu.
- Foto – Google
Kamu sebagai ibu bapa jangan sesekali pandang rendah terhadap isu bantut yang dihadapi oleh anak-anak kerana masalah bantut ini akan mempengaruhi emosi dan psikologi diri anak kamu sendiri.
Justeru itu, kamu harus peka dan memantau pertumbuhan anak-anak dengan teliti agar masalah bantut tidak berlaku atau boleh dielakkan jika dapat di kesan dengan lebih awal.
Selamat beramal♥