Menteri Kesihatan Patty Hajdu dan Kementerian Kesihatan Kanada membenarkan pengecualian buat pesakit nazak untuk lalui hari-hari terakhir mereka dengan tenang, dan melupakan segala kesengsaraan yang mereka alami dengan mengambil cendawan magik atau Psilocybin.
Ini adalah keputusan pengecualian yang pertama kali dilakukan dalam sejarah kesihatan dan perubatan di Kanada. Kini jumlah pesakit yang dibenarkan untuk mendapat pengecualian untuk menggunakan cendawan magik ini adalah sebanyak empat orang.
Empat pesakit nazak ini dibenarkan mengambil cendawan magik bagi melupakan kesengsaraan yang mereka alami disaat-saat terakhir hayat mereka, dengan menggunakan psilocybin atau cendawan magik ini mereka boleh pergi dengan tenang dan aman.
Cendawan Magik Untuk Pesakit Nazak Jalani Hari Terakhir Dengan Tenang
- Foto – New York Post
Pakar telah mengkaji bahawa psilocybin atau cendawan magik ini mempunyai fungsi yang sangat berkesan bagi menangani pesakit yang mengalami masalah kemurungan, tekanan, penyakit alzheimer, anxiety yang dialami oleh pesakit nazak (biasanya pesakit fasa terakhir penyakit kanser) dan penyakit kritikal lain.
Kini Menteri Kesihatan Kanada buat pertama kalinya membuat pengecualian untuk menggunakan cendawan magik ini, bagi mengakhiri kesakitan dan kesengsaraan yang dialami di saat-saat akhir pesakit nazak.
Apakah Sebenarnya Cendawan Magik Psilocybin Ini?
- Foto – Arkib Wanista
Cendawan magik psilocybin ini bertindak sebagai halusinogen yang bergerak dengan mengaktifkan rangsangan serotonin di dalam otok yang mana ia memberi kesan pada mood, kognisi dan persepsi.
Apabila pesakit mengambil cendawan magik ini ia akan mengambil masa 30 minit untuk cendawan magik tersebut di hadam dalam perut, dan pesakit akan mengalami halusinasi selama empat hingga enam jam.
Ada juga pesakit akan merasai halusinasi selama beberapa hari, (ianya bergantung mengikut persepsi dan kognisi dalam otak pesakit).
Risiko Ambil Cendawan Magik
- Foto – Washington Post
Mungkin cendawan magik ini sesuai untuk digunakan pada pesakit nazak yang menanti saat-saat nafas terakhir mereka, tapi buat pesakit lain yang tidak memiliki masalah kesihatan mental yang kritikal ianya tidak bagus digunakan.
Kerana cendawan magik psilocybin ini juga boleh menyebabkan seseorang itu berubah sikap dan membuatkan pesakit kerap flashback atau teringat kisah lama yang membuatkan diri mereka trauma.
Sebab itu, bukan mudah untuk pakar perubatan ingin benarkan pesakit gunakan cendawan magik ini. Dan keputusan pengecualian yang Menteri Kesihatan Kanada lakukan bagi membenarkan pesakit nazak di Kanada mengambil cendawan tersebut sememangnya mengejutkan dunia.
Hati-Hati Ketahui Nama Lain Cendawan Magik
Ada segelintir syarikat menggunakan cendawan magik ini untuk tujuan perubatan dan sebagai sumber sebatian untuk ubat lain, jadi kamu perlu berhati-hati jika ingin membeli produk-produk kesihatan di luar. Ini antara nama-nama lain cendawan magik yang kamu mungkin temui di label kandungan produk.
- Cendawan magik
- Shrooms
- Boomers
- Zoomers
- Mushies
- Simple simon
- Little smoke
- Sacred mushrooms
- Purple passion
- Mushroom soup
- Cubes
- Foto – Four Magazine
Ada segelintir masyarakat atau negara boleh menerima cendawan magik ini digunakan untuk pesakit nazak bagi meringankan hayat terakhir pesakit, dan selebihnya merasakan tidak patut gunakan cendawan magik tersebut.
Lagipun cendawan magik ini ada baik dan buruknya sendiri, dan para pengkaji juga masih menyelidik cendawan magik ini dengan lebih mendalam.
Apa-apapun kita hormati keputusan pengecualian yang dibuat oleh Menteri kesihatan Kanada untuk rakyatnya yang inginkan mati dengan tenang dan aman.
Selamat beramal!