Gwen Stefani merupakan ikon kecantikan.
Sinonim dengan gincu merah, rambut blonde, solekan fresh, persembahan lincah, penampilan Gwen dari dahulu sehingga sekarang sentiasa menjadi perhatian dan dipuji.
Menawan peminat di seluruh dunia dengan bakat dan wajahnya yang awet muda, berikut adalah beberapa perkara yang Gwen praktik untuk kelihatan muda belia.
Krim Perlindung Matahari
Walaupun dibesarkan di California, Gwen memberitahu bahawa dia proaktif dalam menghindari matahari sebaik sahaja memasuki usia 20-an. Padanya berlindung dari sinaran matahari adalah bahagian penting dalam memelihara kulit bukan sahaja di wajah bahkan seluruh anggota badan.
Biarkan Kulit Muka Bernafas
Tahukah, tidak bagus untuk kesihatan kulit wajah jika kita menggunakan berlapis-lapis mekap pada wajah setiap hari. Apatah lagi, sebagai public figure memerlukan Gwen kelihatan cantik menawan setiap saat.
Tetapi bila tidak mempunyai sebarang jadual, dia senang membiarkan kulit wajah berehat dari sebarang mekap. Kuncinya adalah menjaga muka dengan mencuci sebersihnya sebelum masuk tidur.
Gincu Merah Untuk Penampilan Berseri
Selain Taylor Swift, Gwen Stefani juga antara selebriti yang sinonim dengan gincu merah. Tapi menurutnya dia tidak hanya menggunakan satu warna sahaja tapi suka mencampurinya dengan pelbagai jenama untuk mendapatkan warna yang cantik, asalkan kelihatan merah dan terang.
Sweat-proof Foundation
Salah satu rahsia Gwen untuk kekal flawless sepanjang masa adalah menggunakan sweat-proof foundation. Menemukan asas yang tidak bercapuk walaupun di bawah keadaan yang paling berkeringat akan membuatkan penampilan seseorang menawan.
Penjagaan Rambut
Gwen memberikan perhatian yang lebih pada rambut daripada wajah. Lebih-lebih lagi dengan rambut blonde yang adakalanya mudah kering. Gwen mendedahkan bahawa dia lebih suka menggunakan soft water untuk mencuci rambutnya.
Nota : Soft water menyeimbangkan tahap pH rambut anda, jadi rambut anda akan lembut bak sutera setiap kali cuci. Soft water juga dapat membantu mengurangkan masalah ekzema dan kulit kering.
Suka Eksperimen Dengan Trend Dan Teknik Mekap
Walaupun sesetengah orang cenderung untuk mengenakan solekan yang sama dan kelihatan berulang, tapi Gwen Stefani mengekalkan penampilan segar dengan bermain dengan trend dan gaya solek yang berbeza agar tidak kelihatan bosan.
Walaupun begitu Gwen juga tidak menolak melakukan botox dan suntikan filler di wajah. Mana yang bermanfaat, mungkin kita boleh ikut.
Selamat Beramal!