Kek bukanlah sekadar makanan yang enak untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis, tetapi ia juga merupakan salah satu simbolik untuk meraikan pelbagai majlis, perjumpaan atau hari-hari yang penting untuk menyatukan dan membahagiakan bagi peminat-peminat kek.
Daniel Tay, seorang chef pastri yang mengasaskan Cat & The Fiddle telah mengeluarkan pelbagai jenis cheesecake tempatan terkenal untuk disesuaikan dalam pelbagai majlis. Sehingga hari ini, Cat & The Fiddle telah menjadi salah satu pembekal cheesecake premium dalam talian pilihan di Singapura.
APA ITU CAT & THE FIDDLE
Cat & The Fiddle adalah sebuah kedai cheesecake premium yang bertapak di Singapura. Diasasakan oleh Daniel Tay, iatu chef pencuci mulut dan pastri yang terkenal, kek keju Cat & The Fiddle Malaysia diimport secara terus dari Singapura untuk mengekalkan rasa dan kualiti yang sama.
Cat & The Fiddle menawarkan lebih daripada 14 cheesecakes gourmet yang mempunyai sijil Halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di kesemua kilang gula Cat & The Fiddle. Pelanggan juga boleh membeli kek keju daripada Cat & The Fiddle dan penghantaran akan dibuat dalam hari yang sama selepas empat jam dari waktu membuat pesanan.
Terkenal dengan cheesecake, Cat & The Fiddle menawarkan 14 rasa cheesecake gourmet untuk dinikmati oleh pelanggannya. Ditawarkan daripada Classic New York Cheesecake sehingga hidangan tempatan, Cat & The Fiddle membawa pelbagai selera rasa cheesecake dari Asia sehingga Amerika.
Cheesecake tempatan terkenal seperti King Cat of the Mountain Cheesecake diperbuat dengan durian dan sering mendapat tempat dalam kalangan pelanggan. Cheesecake ini telah menggunakan buah durian Musang King telah memberikan rasa yang kaya dan eksotik ketika memakannya.
Bagi cheesecake Asia lain seperti Milo Dinosaur iaitu cheesecake yang disertakan dengan minuman tenaga malt Milo, dan Maneki Neko iaitu cheesecake lemon yuzu yang mempunyai rasa citrus.
Jika anda seorang yang tidak puas dan tidak dapat membuat keputusan, Cat & The Fidle telah menyediakan Fickle Feline untuk membantu anda menikmati kesemua cheesecake kegemaran anda! Anda boleh memilih 10 jenis cheesecake untuk merasai kesemua jenis cheesecake dalam Fickle Feline anda.
CAT & THE FIDDLE MALAYSIA
Cat & The Fiddle kini mempunyai penghantaran di Malaysia dan menawarkan pelbagai pilihan cheesecake untuk pelbagai jenis majlis seperti ulang tahun, hari jadi, pesta dan lain lain. Pelanggan juga boleh memesan kek pada hari yang sama mereka memesan. Pesanan cheesecake itu akan dihantar oleh Cat & The Fiddle selepas 4 jam dari tempoh pesanan mereka.
Selari dengan pelancaran laman web rasmi Cat & The Fiddle Malaysia, pelanggan di Malaysia dapat menikmati potongan harga 20% untuk semua jenis cheesecake kecuali Fickle Feline dari 28 Julai 2020 sehingga 15 Ogos 2020. Loyalty Program dan Referral Program akan dilancarkan di mana pelanggan akan mendapat “Cat Ringgit” iaitu loyalty points untuk setiap pembelian dan rujukan yang berjaya.
Loyalty points tersebut boleh ditebus di pembelian cheesecake di laman web Cat & The Fiddle. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Cat & The Fiddle.
#NOTA: Cat & The Fiddle menawarkan diskaun 10% kepada 500 pembaca pertama Wanista untuk setiap pembelian. Menggunakan kod baucar WAN10FAN dan kod ini hanya sah sehingga 31 Disember 2020. Baucar tidak sah untuk Fickle Feline, promosi dan produk yang telah diskaun.