‘Age is just a number’!
Betullah perumpaan ini, usia bukan penghalang untuk kita mengecapi cita-cita. Wanita 56 tahun ini buktikan. Bukan biasa-biasa, kerana di usia ini dia masih seksi dan hebat bergaya sehingga terpilih menjadi model bikini.
Kathy Jacobs, berjaya ke pertandingan akhir pencarian model Sports Illustrated Swimsuit 2020. Walau bagaimanapun, Kathy bukanlah gadis biasa, dia berdiri pada ketinggian 5’3″ dan berusia 56 tahun.
Dan kini dia berjaya membuat debut Sports Illustrated sebagai salah satu model yang dipaparkan dalam terbitan majalah pakaian renang ikonik tersebut.
“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, saya mempunyai pekerjaan dengan gaji minimum, saya menyapu lantai di Drybar kerana saya tidak pendai menggunakan komputer. Kemudian saya memutuskan untuk mencuba nasib di pertandingan pakaian renang Sports Illustrated. Siapa sangka saya berjaya…
“Saya mempunyai hasrat yang membara dalam diri saya untuk menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh wanita berusia lebih dari 50 tahun, dan dalam kes saya seseorang yang berusia lebih dari 55 tahun,” katanya.
Kathy berkata selepas gambar Sports Illustrated menjadi viral, dia dihujani dengan mesej bertanyakan tentang diet, senaman, dan nasihat penjagaan kulit.
Diet Pemakanan Kathy
Kathy tidak makan daging dan hanya makan ikan beberapa kali dalam seminggu. Hanya minum almond milk sahaja, dan masukkan dalam kopi dan smoothie setiap hari.
Untuk sarapan pagi, Kathy mengambil smoothie protein vegan dengan strawberi atau blueberi dan vegan sosej. Kadang-kadang telur dengan keju dan tomato sebagai ganti. Kathy juga makan salad dengan pelbagai jenis kacang dan keju untuk protein. Dia tidak mengambil gula dan ketagih cip coklat tanpa gula dan mentega kacang.
Kathy tidak akan makan roti, pasta, nasi atau kentang putih lebih dari sekali seminggu, tetapi dia sangat sukakan sweet potato.
Produk DIY
Mengenai produk kecantikan, Kathy mengatakan bahawa dia hanya menggunakan produk penjagaan kulitnya sendiri. Dia buat dari bahan-bahan yang mesra kolagen seperti enzim labu, vitamin C, dan stem cell bunga orkid.
“Saya membuat semua produk penjagaan kulit saya sendiri dan menghabiskan 5 tahun di dapur untuk mendapatkan rumusan yang betul-betul sesuai untuk wanita berusia lebih dari 45 tahun,” kata Kathy.
Buat Botox
Kamu rasa Kathy ada buat ‘sesuatu’ di mukanya? Kathy mengakui dia juga bereksperimen dengan melakukan botox.
“Baru-baru ini saya melakukan botox dan filler kecil di garisan bibir. Saya rasa saya perlu buat lebih banyak filler, tapi ia sangat menyakitkan!”
Hebat betul Kathy. Semoga kita jadikan rutin kesihatan dia sebagai panduan.