Pelitup muka jenis fabrik punca dijangkiti virus Civid-19, tapi kena Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) benarkan pemakaian topeng muka jenis ini. Di mana silapnya?
Baru-baru ini kecoh mengenai penggunaan pelitup muka jenis fabrik yang dikatakan boleh menjadi punca dijangkiti virus pendemik ini.
Pakar Kesihatan Awam dan Pekerjaan Universiti Malaya, Profesor Dr Victor Hoe berkata, penggunaan pelitup muka jenis fabrik tidak akan boleh menapis habuk bersaiz mikro dan bakteria seperti mana pelitup muka jenis pembedahan (surgical face mask).
Untuk mengetahui apa lagi kesan lain pemakaian pelitup muka jenis fabrik ini, ikuti semuanya di bawah.
Kenapa Pelitup Muka Jenis Fabrik Tak Bagus Guna Menurut Pakar Malaysia?
Ini antara beberapa faktor telah ditemui oleh pakar kesihatan mengenai kesan penggunaan pelitup muka jenis fabrik yang ramai digunakan di Malaysia.
- Pelitup muka jenis kain fabrik tidak mempunyai tiga lapisan penapis statik bertahap tinggi yang mana ia berkesan menghalang habuk bersaiz mikro dan bakteria.
- Selain itu, pelitup muka jenis kain fabrik ini juga mempunyai pelbagai variasi dengan bergantung pada jenis fabrik yang digunakan.
- Tambahan lagi, pelitup muka jenis ini juga sebenarnya tidak memberi rasa selamat atau pelindungan sebenar buat si pemakai, kerana ia tidak berupaya menentang serangan virus mahupun jangkitan lain.
- Penggunaan pelitup muka jenis kain fabrik mungkin tidak berapa bersih, apatah lagi ia digunakan berulang kali.
- Penyelidik juga telah menemui kajian daripada UNSW Sydney pada tahun 2015 bahawa individu yang bekerja di sektor kesihatan yang menggunakan topeng muka jenis kain, lebih tinggi kes jangkitan penafasan.
WHO Benarkan Penggunaan Pelitup Fabrik, Mana Silapnya?
Semasa pandemik menular di seluruh dunia banyak negara tidak dapat bersiap sedia dengan pantas bagi menangani serangan virus maut ini.
Tetapi lama kelamaan semakin ramai mencari alternatif baharu seperti membuat sendiri pelitup muka menggunakan kain fabrik.
Dan cara ini juga telah mendapat pengesahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana Dr April Baller dari Kawalan dan Pencegahan Jangkitan Program Kecemasan Kesihatan WHO, menunjukan bagaimana hendak memakai pelitup muka jenis fabrik dengan betul dan fabrik jenis yang macam mana boleh digunakan.
Jenis Kain Fabrik Menurut WHO
- Pelitup muka jenis kain fabrik haruslah mempunyai tiga jenis lapisan.
- Lapisan pertama (outer layer) haruslah jenis kalis air.
- Lapisan kedua (middle layer) pula bertindak sebagai penapis
- Lapisan ketiga (inner layer) haruslah jenis menyerap air
Cara Pemakaian Pelitup Muka Fabrik Menurut WHO
- Pertama bersihkan tangan menggunakan sanitizer, sabun atau air. Jika kamu membersihkan tangan menggunakan sanitizer atau alcohol-based, gosok tangan selama 20-30 saat. Manakala bagi yang menggunakan sabun dan air, gosok tangan selama 40-60 saat.
- Kedua ambil pelitup muka dan semak jika pelitup muka tersebut bersih tanpa sebarang kotoran atau kerosakan. Jika ianya rosak dan kotor jangan pakai.
- Ketiga apabila memakai pelitup muka jenis kain fabrik ini pastikan ianya menutup hidung, mulut dan dagu kamu. Pastikan tiada ruang antara muka dan pelitup muka yang dipakai.
- Keempat jangan menyentuh pelitup muka semasa memakainya untuk mengelak dari sebarang jangkitan. Jika terpegang, segera cuci tangan kamu.
- Kelima apabila kamu ingin menanggalkan pelitup muka tersebut, kamu harus mencuci tangan sama ada menggunakan sanitizer, sabun atau air (ikut langkah pertama).
- Semasa nak menanggalkan pelitup muka, kamu harus memegang tali pelitup muka tanpa menyentuh permukaan depan pelitup muka.
- Jika kamu ingin guna kembali pelitup muka tersebut selepas tanggalkan kerana mahu makan, simpan pelitup muka dalam beg plastik yang boleh ditutup rapat. Dan jika kamu lihat pelitup muka tersebut telah kotor, jangan guna sebaliknya cuci dengan sabun dan air.
- Serta haruslah lakukan penjarakan sosial satu meter bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Jika di lihat garis panduan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini tiada apa silapnya, WHO sendiri telah maklumkan bahawa penggunaan pelitup muka jenis kain fabrik tidak dapat mencegah dari jangkitan Covid-19.
Tetapi ianya adalah alternatif yang boleh diguna pakai apabila darurat dan pelitup muka sahaja tidak cukup bagi menghindari diri dari virus dan bakteria.
Oleh itu, penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan adalah faktor penting yang tidak boleh ditinggalkan semasa penularan pandemik ini.
Ini Kesilapan Netizen Sering Buat Tatkala Menggunakan Pelitup Muka Fabrik!
Sekarang ini ramai dikalangan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan pelitup muka jenis kain fabrik kerana, dengan alasan ianya lebih murah, jimat, boleh guna berulang kali, dan lebih menarik atau fancy.
Tapi hakikatnya mereka yang menghasilkan pelitup muka jenis kain seperti ini, tidak mengikut atau mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Jadi apabila berlaku kes jangkitan yang mana salah satu sebabnya menggunakan pelitup muka jenis kain fabrik, siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya hati!
Kamu harus ingat bahawa pelitup muka jenis fabrik ini hanyalah alternatif sahaja, ketika pelitup muka pembedahan (surgical mask) tiada stok di pasaran.
Tetapi kini bekalan pelitup muka pembedahan mencukupi, sebaik-baiknya gunalah pelitup muka jenis ini kerana lapisan yang terdapat pada pelitup muka tersebut mampu menapis habuk dan bakteria bersaiz mikro.
Tetapi bagi yang mengalami masalah kewangan dan kurang mampu untuk membeli sekotak dua pelitup muka pembedahan, kamu haruslah cari pelitup muka fabrik yang mengikut garis panduan WHO.
Selamat beramal!