Anda pernah dengar tentang ruang memasak bersama atau ruang dapur awam? COOKHOUSE, sebuah syarikat permulaan pertama di Malaysia telah dibuka untuk para pengusaha makanan yang baru dengan menggunakan ruang dapur bersama.
Di COOKHOUSE, para chef lama dan baru serta pemilik perniagaan F&B yang mencari untuk memasuki pasaran niaga boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan kepelbagaian alatan dapur yang lengkap, dengan pelbagai peluang untuk berkolaborasi dan berkongsi di COOKHOUSE.
Berlokasi di Petaling Jaya, COOKHOUSE mempunyai akses 24/7, ruang dapur awam berkeluasan 10,000 kaki persegi dan turut mempunyai 5 studio dapur peribadi, satu ruangan baking bersama, dapur Asian & Western, dapur prep, bilik pendingin dan penyejuk, bilik simpanan barangan kering, ruangan pembungkusan, stesen pemungutan, loading area, dan kawasan penghantaran makanan.
COOKHOUSE bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan makanan untuk mengasah kemahiran di dapur mereka dan selok belok perniagaan mereka tanpa perlu melabur dengan lebih.
Huen Su San, pengasas COOKHOUSE berkata,
“Di sini, kami membina platform untuk individu-individu yang mempunyai pemikiran yang sama, iaitu meminati makanan dan perniagaan. Kami menyediakan ruang yang kondusif dan peralatan memasak yang canggih. Peranan COOKHOUSE hanyalah sebagai inkubator dan komuniti untuk pengusaha makanan dengan memendekkan masa belajar mereka, mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka dalam talian dan penghantaran.
Perniagaan mereka juga dapat menjimatkan masa serta dapat memanfaatkan ruang dan perkhidmatan dengan meningkatkan jangkauan pasaran dengan penghantaran dalam talian yang menggunakan kos yang lebih rendah daripada sebelumnya”.
Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi daripada COOKHOUSE seperti ruang dapur bersama yang menjimatkan kos. Pengguna tidak perlu mengeluarkan duit untuk membayar sewa bulanan yang tinggi untuk ruang khas mereka sendiri atau membelanjakan modal bagi pengubahsuaian dan peralatan dapur.
Pengguna dapat memanfaatkan kemudahan secara keseluruhan dengan pakej yang berpatutan mengikut kesesuaian, keperluan dan kehendak mereka.
Lebih daripada sekadar penjimatan kos, pembentukan komuniti dan pelbagai perkhidmatan ditawarkan oleh COOKHOUSE. Mereka dapat berkongsi idea antara satu sama lain, memperoleh nasihat dan bimbingan dan dapat menguji idea mereka sebelum meningkatkan produksi perniagaan mereka.
Manfaat lain adalah, mereka dapat berkomunikasi dengan pelanggan melalui platform dalam talian. Setelah pesanan telah selesai, mereka dapat memanfaatkan rakan penghantaran seperti GrabFood dan FoodPanda yang dapat menghantar pesanan tersebut ke pelanggan dengan efisien.
“Kami ingin membantu pengusaha makanan yang semakin membangun dengan menawarkan pelbagai jenis solusi yang tepat untuk memastikan pernigaan mereka berkembang dengan cekap dan berkesinambungan. Melalui COOKHOUSE, pengusaha-pengusaha makanan dapat mencari rangkaian sokongan dan kelebihan untuk beroperasi dari ruang memasak bersama.
“Mereka tidak perlu bimbang akan hal-hal seperti penyelenggaraan peralatan, pengubahsuaian dan kawalan makhluk perosak. Mereka hanya perlu memberi fokus kepada pembinaan idea perniagaan, cara perluasan perniagaan dan memuaskan pelanggan,” ujar Su San yang memahami tentang keperluan dan cabaran industri F&B.
COOKHOUSE yang menjadi kemudahan untuk para pengusaha dan usahawan F&B mematuhi sepenuhnya peraturan Malaysia serta memenuhi standard khusus keselamatan dan kebersihan. Ruang memasak bersama kini beroperasi sepenuhnya dan sedia untuk menerima kedatangan semua pengusaha dan usahawan makanan yang bertujuan untuk mengembangkan dan membawa perniagaan mereka ke langkah yang seterusnya.
COOKHOUSE yang kini bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya seperti Food Market Hub, Aliments, Oddle, SoCar dan MrSpeedy untuk membawa nilai perniagaan ini lebih tinggi kepada pengusaha dan usahawan makanan dengan misi memperkasakan komuniti perniagaan F&B di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan COOKHOUSE dan ruangan yang terdapat di COOKHOUSE, anda boleh mengunjungi laman web rasmi COOKHOUSE atau Instagram mereka.