Pengikut Priyanka Chopra dan Deepika Padukone di media sosial palsu? Mereka didakwa membeli pengikut dan dalam siasatan polis?
Dilaporkan Polis Mumbai telah mengenal pasti firma yang menjual pengikut palsu di media sosial. Deepika Padukone dan Priyanka Chopra antara 10 selebriti yang mempunyai pengikut palsu. Kerana itu, kedua aktres ini dalam siasatan polis berhubung sindiket penipuan pengikut di media sosial.
Bukan hanya Deepika dan Priyanka, terdapat hampir 176 akaun berprofil tinggi yang dilaporkan merangkumi selebriti Bollywood, personaliti sukan, sosialit antara individu yang akan disoal siasat oleh polis Mumbai.
Sindiket Pengikut Palsu
Menurut laporan media, Pesuruhjaya Bersama Polis Mumbai Vinay Kumar Chaubey telah menyatakan bahawa mereka telah menemui sekitar 54 firma yang mempunyai kaitan dalam sindiket penipuan pengikut palsu media sosial. Dia terus menambah bahawa pasukan yang melibatkan Crime Branch dan Cyber Cell telah dibentuk untuk memberikan bantuan dalam penyiasatan.
Badan ini juga menemui kira-kira 100 firma yang menjual pengikut media sosial palsu. Kini telah mengenal pasti firma yang menjual pengikut palsu dan aktiviti media sosial palsu seperti retweets, likes, view, subscriptions, comments dan lain-lain.
Laporan berita itu juga menambah bahawa syarikat pemasaran media sosial antarabangsa www.followerskart.com, berada di bawah pengawasan polis. Laporan media menyatakan bahawa Abhishek Dinesh Daude telah mendakwa bahawa dia bekerja untuk syarikat asing itu.
Terdahulu polis Mumbai menahan seorang lelaki yang membuat profil palsu penyanyi Bollywood Bhoomi Trivedi dan mendakwa bahawa dia menguruskan akaun media sosialnya.
Agaknya kebanyakan follower artis dekat media sosial genuine ke beli ye?