Bruce Jenner yang menjadi salah satu watak dalam rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians telah mengubah identitinya sebagai perempuan iaitu dikenali dengan nama Caitlyn Jenner. The Secrets of My Life adalah sebuah buku terbitan Caitlyn (Bruce) yang menceritakan perjalanannya menjadi seorang wanita tidak mudah.
Caitlyn kini berumur 71 tahun telah melakukan peralihan jantina sepenuhnya pada tahun 2015. Dia mencuba untuk menjadi wanita pada umur 39 tahun.
“Saya mula mengambil ubat hormon untuk menumbuhkan payudara saya. Saiz payudara saya adalah 36B dan saya berfikir untuk melakukan peralihan ini sebelum saya berumur 40 tahun, tetapi kini saya berumur 71 tahun dan saya tidak boleh melakukan lebih daripada umur itu,” ujarnya.
Mempunyai anak perempuan iaitu Kendall dan Kylie bersama bekas isterinya Kris, Caitlyn berhenti melakukan peralihan jantina pada akhir 1980-an. Menyatakan bahawa dia takut diketahui oleh masyarakat tentang peralihan dirinya, Caitlyn mematikan niatnya untuk tidak berdepan dengan masalah yang bakal dihadapinya dengan dunia luar.
Pada zaman kanak-kanaknya, Caitlyn bergelut dengan dyslexia dan gender dysphoria. Dia tertarik dengan pakaian-pakaian kakaknya, Pam dan apabila dia melihat dirinya dalam cermin, Caitlyn membenci dirinya.
“Sepanjang hidup, saya berfikir sama ada jantina saya tidak sepatutnya sebagai seorang lelaki, adakah sebagai seorang yang cross-dresser ianya hanyalah rangsangan seksual kepada saya sehingga saya melakukan hubungan seks dengan diri sendiri? Adakah saya seorang gay?” ujar Caitlyn.
(Nota: Cross-dresser adalah lelaki heterosexual yang gemar berpakaian dalam pakaian wanita.)
PEMBEDAHAN FACIAL-FEMINISATION
Caitlyn yang sangat komited untuk melakukan transformasinya itu telah melakukan pembedahan facial- feminisation ketika transformasi pada kali kedua. Pembedahan ini meliputi prosedur seperti pembetulan garis rambut, rahang, kontur dahi dan dagu.
Caitlyn yang pergi ke pejabat di Beverly Hills menjangkakan pembedahan facial-feminisation hanya dilakukan sekitar 5 jam sahaja sebaliknya prosedur itu memakan masa selama 10 jam apabila Caitlyn meninggalkan pejabat tersebut.
IMPLAN PAYUDARA
Caitlyn Jenner menyatakan bahawa menumbuhkan payudara tidak mudah seperti membuang janggut dan membuat hidung.
“Menumbuhkan payudara dengan memakan ubat hormon? Tidak mudah untuk melakukannya,” ujar Caitlyn.
Mempunyai sedikit sikap terbuka mengenai pembedahan implan payudaranya, Caitlyn menunjukkan hasil pembedahan itu kepada anaknya, Brandon Jenner.
TRANFORMASI TERAKHIR
Caitlyn yang telah menjalani pembedahan hidung, implan payudara, trachea shave, pembetukan semula rahang dan pembuangan janggut menyelesaikan transformasi terakhirnya dengan pembedahan sex reassignment. Menyatakan keseluruhan perjalannya dalam mengubah identiti dan jantina sebagai Caitlyn Jenner, dia menyatakan tentang prosedur pembedahan alat sulitnya,
“Pembedahan itu berjaya dan saya merasakan seperti saya orang baharu. Kenapa saya perlu mempertimbangkan ketika ingin membuangnya? Ia hanyalah alat sulit yang tidak mempunyai apa-apa kegunaan untuk saya. Akhirnya saya dapat merasakan saya berada dalam diri dan jantina yang betul”.
Walaupun Caitlyn Jenner telah berubah sepenuhnya sebagai wanita, dia menyatakan “old Bruce” masih ada dalam dirinya. Dia tidak akan membuang memorinya sebagai Bruce kerana “old Bruce” telah mengajarnya pelbagai perkara dan membawa dirinya sehingga ke tahap ini.