Niat di hati nak pergi bercuti di Maldives bersama keluarga hujung tahun nanti, tapi malangnya hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak yang melanda seluruh negara.
Bagi yang mengalami nasib yang sama, jangan susah hati sebab dekat dalam Malaysia juga ada Maldives! Tak percaya, ikut penulis jejak destinasi mana yang nak boleh kamu pergi bercuti ala-ala Maldives dalam Malaysia.
Untuk memudahkan pencarian destinasi dan harga yang murah serta berbaloi, penulis setkan tarikh percutian pada bulan Disember senang sikit bagi yang nak cari bercuti masa hujung tahun nanti.
#1 Lexis Hibiscus Port Dickson [SINI]
Nikmati percutian ala Maldives di Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan. Hotel bertaraf lima bintang ini mempunyai tempat penginapan yang disusun atur mengikut bentuk bunga kebangsaan negara iaitu bunga raya.
Bagi yang ingin bercuti di sini, berapa pula harga yang dikenakan? Ini antara harga yang ditawarkan untuk percutian dua hari satu malam untuk kamu bermula dengan harga ini.
Perhatian: Meskipun tarikh penulis setkan pada 24-25 Disember 2020, harga mungkin bertukar mengikut situasi semasa akan datang dan juga pemilihan jenis bilik yang kamu pilih.
Serius Cantik Terapung Atas Air Dengan Bentuk Bunga Raya!
Motif Bunga Kebangsaan Negara
Bilik Penginapan Yang Selesa Dan Luas
Berenang Di Bilik Sambil Menikmati Pemandangan Laut
Nikmati Hidangan Lazat Sambil Cuci Mata Lihat Laut
Santai Melihat Keindahan Alam
#2 Avani Sepang Goldcoast Resort [SINI]
Avani Sepang Goldcoast Resort yang terletak di Bagan Lalang, Sungai Pelek Selangor ini, merupakan destinasi terbaik untuk kamu menikmati percutian ala Maldives di Selangor.
Bagi yang ingin bercuti di waktu Krismas nanti, ini antara harga penginapan yang dinyatakan menerusi Trivago yang bermula dengan harga ini.
- Agoda RM 439 [KLIK]
Perhatian: Meskipun tarikh penulis setkan pada 24-25 Disember 2020, harga mungkin bertukar mengikut situasi semasa akan datang dan juga pemilihan jenis bilik yang kamu pilih.
Menarik Bentuk Rekaan Resort Terapung Avani
Pemandangan Waktu Senja Yang Memukau Jiwa
Deretan Penginapan Untuk Di Pilih!
Cipta Memori Indah Sambil Menikmati Hidangan Lazat Di Depan Laut
Rehatkan Diri Di Bilik Yang Cozy
#3 Gayana Marine Resort [SINI]
Nikmati khazanah dasar laut di Gayana Marine Resort, di mana kamu bukan saja dapat merehatkan diri dengan pemandangan alam. Malah kamu juga berpeluang melihat ekosistem yang dilindungi di laut Sabah dengan lebih dekat.
Dari segi harga penginapan, ini antara perbandingan harga yang penulis senarai untuk kamu pilih. Harganya bermula dari:
Perhatian: Meskipun tarikh penulis setkan pada 24-25 Disember 2020, harga mungkin bertukar mengikut situasi semasa akan datang dan juga pemilihan jenis bilik yang kamu pilih.
Panorama Menarik Gayana Marine Resort
Santai Berehat Dalam Bilik Yang Luas Dan Selesa
Nikmati Pemandangan Malam Yang Indah Dalam Bilik
Santai Menikmati Hidangan Bertemankan Bayu Laut
#4 Dragon Inn Floating Resort [SINI]
Seperti namanya, Dragon Inn Floating atau Hotel Naga Terapung ini di bina secara memanjang seperti badan naga. Rekaan penginapan yang unik menjadikan ia salah satu destinasi penginapan harus dikunjungi.
Menginap di hotel terapung ini sangat menarik dan harga yang ditawarkan juga cukup murah, harga penginapan Dragon Inn ini bermula dari:
- Agoda RM 194 [KLIK]
Perhatian: Meskipun tarikh penulis setkan pada 24-25 Disember 2020, harga mungkin bertukar mengikut situasi semasa akan datang dan juga pemilihan jenis bilik yang kamu pilih.
Seronoknya Menginap Di Hotel Naga Terapung!
Berehat Santai Di Ruang Istirehat Yang Cozy
Jom Beradu Dalam Bilik Naga!
#5 Berjaya Resort Langkawi [SINI]
Siapa sangka ada resort yang ala Maldives di Langkawi. Set tarikh percutian hujung tahun kamu sekarang dan nikmati percutian yang gempak di Langkawi.
Untuk resort ini banyak pilihan harga yang boleh kamu pilih dan harganya bermula dari:
Perhatian: Meskipun tarikh penulis setkan pada 24-25 Disember 2020, harga mungkin bertukar mengikut situasi semasa akan datang dan juga pemilihan jenis bilik yang kamu pilih.
Alami Percutian Gempak Di Berjaya Resort Langkawi!
Seronoknya Dapat Baring Atas Katil Empuk Sambil Tengok Laut
Lepak Santai Di Beranda Luar
Nikmati Hidangan Di Ruang Makan Yang Besar Dan Nyaman
Jadi apa lagi jom rancang percutian ala Maldives untuk cuti hujung tahun ini. Rehatkan diri dengan menikmati percutian dalam negara yang lebih murah, dekat dan semestinya memberikan pengalaman percutian yang puas hati.
Selamat bercuti!