Tiara perkahwinan yang dipakai oleh Princess Eugenie sewaktu resepsi perkahwinan tahun lepas banyak diperkatakan netizen. Tiara yang dihiasi batu permata nilam dan ia dipanggil Greville Emerald Kokoshnik Tiara itu dilaporkan sudah berusia 99 tahun.
Bukan itu sahaja, perubahan fizikal sang puteri yang juga cucu Ratu Elizabeth ini juga menjadi buah mulut.
Princess Eugenie, 30, adalah anak perempuan Sarah Ferguson, 60, dan Putera Andrew, 59, nampaknya telah kurus dalam beberapa tahun kebelakangan ini, agaknya apa yang dilakukan untuk perubahan drastik?
Walaupun tidak diketahui dengan terperinci punca sebenar Eugenie kehilangan berat badan drastik, tapi yang pasti dia sangat disiplin mengikuti diet dan rutin kecergasan.
Eugenie menjelaskan betapa pentingnya latihan kecergasan dan mendedahkan apa yang dia suka lakukan untuk kekal dalam bentuk.
Latihan Kecergasan Di Pagi Hari
“Saya bangun sekitar 6.45 setiap pagi untuk memulakan latihan jam 7. Saya lakukan circuits – saya suka kerana ia cepat – burpees, squat jumps, lunges,keseluruhannya,” jelasnya pada Harper Bazaar.
Menurut Eugenie, dia lebih gemarkan latihan intensiti pantas yang cepat berbanding berlari.
Latihan Litar (Circuit)
Program latihan litar terdapat satu siri stesen seperti push up, sit up, jumping jacks, burpes, plank dan lain-lain. Sesetengah orang melakukan latihan litar menggunakan peralatan hidraulik, mesin, dan berat tubuh masing-masing dengan setiap stesen antara 15 saat hingga 3 minit untuk mengekalkan prestasi otot maksimum.
Laporan World Academy of Science, Engineering and Technology dalam jurnal International Journal of Sport and Health Science menjelaskan bahawa circuit training merupakan suatu latihan yang paling efisyen untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan daya tahan otot. Penelitian tersebut menunjukan bahawa circuit training mampu meningkatkan kekuatan otot, kelincahan, dan daya tahan kardiovaskular.
Manfaat Latihan Litar
- Melatih kekuatan jantung dan boleh mengurangkan tekanan darah
- Melatih seluruh anggota badan
- Meningkatkan kekuatan, stamina, ketangkasan dan ketahanan otot
- Masa latihan yang lebih cepat
- Boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
- Membantu menurunkan berat badan
Pelatih peribadi Eugenie menjelaskan Eugenie hanya mengambil makanan yang sihat, di mana terdiri daripada raw food (sayur dan buah) dan memberi tumpuan kepada latihan luaran dan latihan litar sahaja.
Untuk pengetahuan anda, aktres tempatan Fazura juga mengamalkan latihan litar. Padanya latihan litar membuatkan tubuhnya ringan dan mendapatkan berat badan ideal di samping untuk kekal sihat dan cergas.