Menangislah!
Menangis bukan satu perbuatan yang memalukan atau melemahkan. Baik lelaki atau wanita akan menangis atas sesuatu perkara yang berlaku.
Walaupun sebilangan besar dari kita mengaitkan tangisan dengan kesedihan atau sebagai reaksi terhadap situasi negatif, tapi adakalanya tidak. Contohnya, anda mungkin rasa terharu dalam keadaan gembira dan mendapati mata anda berlinang air mata.
Ada sebilangan orang tidak tahu mengapa mereka menangis. Tiba-tiba air mata menitis dan perasaan mereka kacau. Lalu apa penyebab seseorang menangis tanpa sebab? Sebenarnya, terdapat beberapa gangguan psikologi dan neurologi yang boleh menyebabkan orang menangis tanpa sebab.
Gejala kemurungan antara penyebab orang menangis tanpa sebab
Biasanya air mata yang berlebihan sering dikaitkan dengan kemurungan. Kemurungan adalah gangguan jiwa yang membuat anda merasa sedih secara berlarutan.
Tangisan yang dikaitkan dengan gejala kemurungan apabila anda menangisi hal-hal yang remeh dan langsung tidak mengetahui alasan berbuat demikian. Air mata sukar ditahan dan keluar lebih banyak dari biasa.
Walau bagaimanapun, air mata yang berlebihan ini adalah gejala kemurungan ringan. Orang yang mengalami kemurungan ekstrem biasanya sukar untuk meluahkan perasaan mereka, termasuk kesukaran untuk menangis.
Mungkin kerana gangguan anxiety (kebimbangan/kecemasan)
Setiap orang boleh merasa gugup dan cemas. Namun, hal ini berbeza dengan orang yang mengalami anxiety.
Orang yang mengalami anxiety lebih kerap merasa bimbang dan gugup, bahkan setiap hari atau pada bila-bila masa. Gejala anxiety termasuk kegelisahan berlebihan, mudah marah, ketegangan otot, merasa letih sepanjang masa, kesukaran fokus dan kesukaran tidur.
Menangis tanpa sebab juga boleh disebabkan oleh masalah neurologi, seperti pseudobulbar
Pseudobulbar affect (PBA) adalah gangguan neurologi yang disebabkan oleh kecederaan atau gangguan pada bahagian otak yang mengawal emosi seseorang. Orang menghidap PBA selalunya sukar mengawal emosi.
Kerana mempunyai simptom yang sama, PBA sering disalah anggap sebagai kemurungan. PBA sering terjadi pada orang yang mempunyai sejarah strok, Parkinson, Alzheimer, demensia, amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan multiple sclerosis (MS).
Baca : Nangis Banyak-Banyak Kalau Nak Dapat 5 Manfaat Kesihatan Ni
Walaupun normal jika anda merasa terharu dan menangis apabila membaca atau melihat sesuatu, tetapi ada perkara-perkara tertentu yang mesti anda pertimbangkan terutamanya jika anda sering menangis secara berlarutan.
Lagi pula pada perkara remeh dan sendiri tidak tahu, ini adalah red flag. Anda perlu berjumpa doktor dan mendapatkan pertolongan. Kemungkinan 3 perkara di atas berlaku dalam diri tanpa disedari.