Nak berfesyen tetapi takut atau keliru stail apa yang sesuai mengikut bentuk badan? Jangan risau, pada entri kali ini Wanista akan guide anda untuk berfesyen mengikut jenis bentuk badan!
Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis bentuk badan iaitu, Apple, Pear, Hourglass, dan Rectangle. Jadi macam mana nak tahu bentuk badan kita sendiri? Untuk mengetahuinya, kita perlu mengukur beberapa bahagian badan menggunakan pita pengukur.
Anda perlu memberikan perhatian kepada lekuk badan dan melihat bagaimana lekukan itu menyambungkan payudara, pinggang dan pinggul.
#Nota: Ukuran menentukan jenis badan ini hanya perlu dilakukan oleh wanita yang telah melalui akil baligh.
Menggunakan pita pengukur (dalam inches), anda perlu ukur payudara, pinggang dan pinggul. Berdasarkan setiap ukuran ini pada setiap bahagian badan yang telah diukur, anda boleh menentukan jenis badan untuk mencari pakaian yang sesuai mengikut bentuk badan.
APPLE
Mempunyai payudara 3-4 inches lebih besar daripada pinggul. Terdapat wanita yang mempunyai payudara kecil secara semula jadi. Lengan bagi bentuk badan ini adalah kecil manakala bahunya menjadi lebar.
Pada bahagian tengah badan, perut menjadi menonjol dan besar disebabkan oleh berat yang tertumpu pada bahagian tersebut.
Pinggang wanita yang berbentuk jenis epal ini tidak mempunyai garis pinggang dan ini menonjolkan badan yang ‘top-heavy’. Walaubagaimanapun, kaki bagi wanita berbadan bentuk epal akan menjadi langsing.
Untuk wanita yang mempunyai bentuk badan ini, anda perlu mencari pakaian yang dapat mengalihkan perhatian dari bahagian tengah badan anda dan memakai pakaian yang menonjolkan bahagian lain. Anda perlu elak daripada memakai seluar straight-cut dan cuba untuk memakai flare skirt/pants untuk mengimbangkan badan anda.
Corak berbentuk diagonal stripes sangat membantu jenis bentuk badan ini dan warna gelap membuatkan badan menjadi langsing.
#1 BAJU
Fabrik yang sesuai untuk dipakai oleh badan berbentuk epal ini ialah raw silk, tweed, gabardine dan kapas yang tebal. Anda perlu elak daripada memakai fabrik jersi!
Baju yang sesuai digayakan oleh bentuk badan epal ini ialah breezy A-line silhouettes, flowy tunics, relaxed boyfriend button-ups dan V-neck.
#2 DRESS
Memakai strapless sangat sesuai untuk bentuk badan epal ini. Sekiranya anda ingin memakai maxi dress, anda perlu mencari gaya yang mempunyai garis leher yang rendah manakala wrap dress merupakan ‘secret weapon’ anda! Gaya A-line juga merupakan pilihan yang bagus untuk badan berbentuk epal. Jika anda ingin memfokuskan kepada kaki, mini skirt adalah pilihan anda.
#3 SELUAR
Jeans dan legging sangat sesuai sekiranya dipakai bersama dengan breezy tunic, sweater besar. Memakai flare dengan high heels sangat bagus untuk menampakkan silhouette anda panjang. Jika anda mempunyai kaki yang panjang, seluar bootcut atau flared sangat secocok dipadankan dengan flat shoes.
PEAR
Badan berbentuk pear ini dipanggil ‘bottom-heavy’ atau segitiga iaitu mempunyai pinggul yang besar berbanding dengan payudara. Wanita berbadan ini akan mempunyai bahu yang kecil dan tidak lebar,
(#Nota: Bahagian bawah badan, pinggul, paha dan belakang menjadi besar dan ketara)
Bagi badan berbentuk pear ini, anda perlu fokus kepada pinggang, belakang dan garis leher. Wanita jenis badan berbentuk pear ini perlu berani dalam mencuba warna terang dan percampuran corak.
#1 BAJU
Baju yang sesuai untuk bentuk badan jenis pear ini ialah pluging V-neck dalam pelbagai silhouette, cowl necks, bell-sleeves dan scoop neck.
Sekiranya anda memakai baju yang sesuai, ini akan menonjolkan bahu dan pinggang anda.
#2 DRESS
Pemilihan dress yang mempunyai garis leher yang jatuh, bahagian belakang terbuka dan gaya tali pinggang yang memainkan peranan di bahagian akan membuatkan anda menjadi lebih langsing.
Gaya dress dan skirt A-line juga sesuai untuk anda. Pemilihan skirt yang panjangnya sehingga bawah lutut akan menyerlahkan kelangsingan pinggul dan paha.
#3 SELUAR
Pemilihan seluar yang berwarna gelap adalah sesuai untuk anda. Gaya bootcut dan flare denim adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai badan berbentuk pear. Sekiranya anda adalah ‘petite girl’, bootcut dan seluar klasik serta digabungkan bersama heels adalah sangat sesuai!
HOURGLASS
Hanya sebanyak 8% wanita sahaja yang mempunyai bentuk badan ini. Jika anda mempunyai bentuk badan ini, ukuran payudara dan pinggul adalah sama manakala pinggang anda akan menjadi sempit.
Berbentukkan seperti jam pasir yang melengkung, badan berbentuk hourglass ini mempunyai lengan yang berisi, bahu yang lebar dan bahagian bawah yang besar.
#1 BAJU
Mempunyai badan berbentuk hourglass ini, anda hanya perlu memfokuskan kepada pinggang dan garis leher. Baju yang sesuai dipakai ialah form-fitting jersey knits, wrap tops, peplum blouses, V-neck, round neck dan boat neck.
#2 DRESS
Dress seperti wrap dress atau fit and flare sesuai bagi anda. Bentuk-bentuk pada pakaian ini akan memainkan bahagian badan anda secara semula jadi.
Jika anda meminati gaya flowy, anda perlu menambahkan tali pinggang sebagai aksesori anda sekiranya mengenakannya bersama trapeze atau loose-fitting silhouette.
#3 SELUAR
High-waisted adalah pilihan kebanyakkan mereka yang mempunyai bentuk badan ini. Sekiranya anda ingin menonjolkan perut anda yang rata, anda boleh mengayakan low-rise hip-hugging (sesuai digayakan bersama slightly cropped atau fitted top). Jumpsuit juga sesuai untuk mereka yang mempunyai badan hourglass.
RECTANGLE
Bagi anda yang memiliki badan berbentuk rectangular ini, badan anda akan kelihatan tegak lurus dengan bahu yang rata. Untuk mengetahui jenis bentuk badan ini, ukuran pinggang anda adalah 1-8 inci lebih kecil daripada dada anda.
Walaupun badan anda berbentuk rectangle, badan anda masih mempunyai lengkungan iaitu dada yang lebar dan berat yang terkumpul di bahagian tengah.
#1 BAJU
Jika anda mempunyai badan berbentuk rectangle, meemakai baju yang menonjolkan lengan yang berotot, bahu dan pinggang adalah pilihan yang sangat sesuai. Antara baju yang menjadi pilihan wanita ini ialah halter styles, racerback style, scoop dan round neckline serta strapless.
#2 DRESS
Sekiranya anda ingin menonjolkan bahagian dada, strapless dress atau gaun garis leher jatuh sangat sesuai! Jumpsuit juga sesuai untuk anda yang berbadan bentuk rectangle, tetapi anda perlu gayakan dengan halter style dan tunjukkan bahagian belakang anda.
Untuk mengenakan gaya yang ringkas, anda perlu memilih warna gelap, vertical stripes atau gaya A-line. Bagi mereka yang ingin menonjolkan garis pinggang, tali pinggang nipis adalah pilihan yang tepat!
#3 SELUAR
Bagi seluar, sekiranya anda mengenakan oversized up top, memakai skinny jeans atau leggings adalah pilihan terbaik. Jika anda ingin kelihatan tinggi, floor-grazing flare atau bootcut dipadankan dengan heels akan menjadikan anda tinggi dan langsing.
Sekarang anda semua mesti dah tahu apa jenis bentuk badan anda. Ingat, pemilihan jenis pakaian dan warna memainkan peranan penting untuk setiap jenis bentuk badan.
Selamat mencuba!