Jika disebutkan nama negara Korea dan apa yang mengingatkan kita, kebanyakan kita akan menjawab K-Drama, K-Pop dan semestinya K-Beauty.
Kali ini, Althea iaitu syarikat beli-belah dalam talian dari Korea telah memperkenalkan dua perisa buah baharu iaitu Berry-Me-Baby Anti-Ageing Blueberry Mask Sheet dan Coco-Me-Up Lifting Coconut Mask Sheet dalam koleksi A’bloom Mask Sheet mereka.
A’bloom Mask Sheet merupakan kepingan mask yang mempunyai khasiat superfruit yang bagus untuk kulit. Setiap keping mask mempunyai 25g esen buah-buahan yang padat dan penuh.
Untuk mendapatkan kulit yang terhidrat untuk tempoh yang lama, esen tersebut dirumus dengan formula larut air istimewa untuk menghasilkan lembapan pada lapisan permukaan kulit.
Bagi setiap A’bloom Mask Sheet ini dijual pada harga RM3 sebanyak 25g.
BERRY-ME-BABY ANTI-AGING BLUEBERRY MASK SHEET [BELI]
Ekstrak beri digunakan di dalam mask ini untuk mengembalikan keremajaan kulit muka. Setiap daripada kepingan mask ini diperkayakan dengan ciri-ciri antipenuaan untuk mendapatkan hasil kulit muda seperti remaja.
Kepingan mask ini juga dapat digunakan dalam memperbaiki cela, meratakan tona dan menyerlahkan keserian wajah secara semula jadi kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalam kepingan mask ini.
Penggunaan esen beri yang sedikit berasid dapat membantu kulit dalam mengawal pH dan dapat mengukuhkan lapisan perlindungan kulit.
Bahan kandungan utama yang terdapat di dalam kepingan mask ini adalah:
- Ekstrak Beri Biru – kaya dengan antioksida untuk mencerahkan dan melindungi kulit.
- Ekstrak Delima – mengandungi estrogen untuk meratakan struktur kulit dan menganjalkan kulit.
- Niacinamide – mencerahkan tompok-tompok gelap dan mencegah penghasilan melanin yang berlebihan.
COCO-ME-UP LIFTING COCONUT MASK SHEET [BELI]
Kepingan mask ini menggunakan esen kelapa ini yang dapat membekalkan kulit dengan khasiat esen untuk mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit.
Dalam memastikan kulit sentiasa kelihatan muda, anjal dan tegang, penggunaan Vitamin E dan kolagen berasaskan tumbuhan telah digunakan. Esen yang sedikit berasid ini dapat membantu mengawal pH kulit serta mengukuhkan lapisan perlindungan semula jadi kulit.
Antara bahan utama yang digunakan adalah:
- Ekstrak Kelapa – kaya dengan Vitamin E untuk memperbaiki cela dan melicinkan kulit.
- Ekstrak Cendawan Tremella – mengandungi kolahen untuk menganjalkan kulit.
- Adenosine – kaya dengan ciri-ciri antipenuaan yang berkesan.
Sebanyak 100% serat eucalyptus asli digunakan untuk membantu mask melekat dengan sempurna pada kulit dengan selesa dan lembut. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, Tencel telah digunakan di dalam kepingan mask ini. Bahan ini juga digunakan untuk mengekalkan kelembapan tanpa mengeringkan di bahagian tepinya.
Dalam jangka masa 15 – 20 minit, anda boleh mendapatkan kulit yang cantik dan berseri dengan mempunyai koleksi penuh produk A’bloom Mask Sheets untuk pelbagai masalah kulit seperti Moisturising Watermelon, Brightening Lemon Lime, Nourishing Avocado dan Anti-Blemish Peach.
Ujian secara klinikal telah dilakukan untuk memastikan keselamatan semua jenis kulit pengguna termasuklah kulit sensitif.
PROMOSI!
Untuk melakukan pembelian, Althea telah membuat kit permulaan edisi terhad yang mengandungi kesemua 6 varian buah untuk kepingan mask A’bloom dalam pek mini. Dengan hanya 6 keping mask, anda hanya perlu membayar sebanyak RM 18. [BELI]
Sekiranya anda membeli 10 keping mask (setiap keping mask berharga RM3), anda berpeluang mendapat diskaun sebanyak 10% (tertakluk kepada terma dan syarat).
- Moisturising Watermelon [BELI]
- Brightening Lemon Lime [BELI]
- Nourishing Avocado [BELI]
- Anti-Blemish Peach [BELI]
- Berry-Me-Baby [BELI]
- Coco-Me-Up [BELI]
Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web Althea.