Jika kamu pernah melancong ke Korea Selatan, kamu mesti biasa lihat kebanyakan orang sana memakai mask atau topeng muka hampir setiap masa. Bukan yang artis sahaja, orang biasa juga turut memakainya.
Dunia mungkin baru mengikuti norma baru walhal orang Korea sudah praktikkan sejak dahulu lagi. Jadi, norma baru memakai topeng muka bukan satu benda baru bagi mereka.
Tapi kenapa ye, mereka sentiasa memakai mask? Apakah kelebihan memakai mask bagi orang Korea? Ini kebaikannya menurut pandangan orang Korea.
Menghalang Penyakit
Mask sebagai alat untuk melindungi dari virus atau bakteria. Orang Korea percaya bahawa dengan memakai mask, mereka tidak menyebarkan kuman terutama sekali waktu sakit. Ia sedikit sebanyak melambangkan bahawa mereka menghormati keadaan orang lain dan tidak mahu orang yang berdekatan berjangkit sakit.
Tutup Muka
Orang Korea sangat sensitif akan rupa paras. Golongan selebriti khususnya gemar memakai mask untuk menutup muka sebenar mereka, lagi pula bila mereka langsung tidak berias. Jadi, mask merupakan alat bantuan bagus untuk menyembunyikan kelemahan tersebut. Perkara ini juga apply kepada orang biasa.
Kekal Imej
Bagi selebriti, mask adalah alat untuk menyamar apabila keluar ke kawasan awam sama ada untuk temujanji atau sebaliknya. Memandangkan imej selebriti di Korea dijaga rapi oleh pihak agensi, cara ini sedikit sebanyak membantu untuk mengekalkan imej berkenaan.
Tambah Keyakinan Diri
Bunyi macam pelik tapi itulah yang terjadi di sana. Mask membantu golongan yang pemalu untuk menambah keyakinan diri untuk bergaul, terutama sekali pada mereka yang merasakan diri kurang menarik dan hodoh.
Tenang Fikiran
Orang Korea kata memakai mask juga membantu untuk menenangkan perasaan dari gugup dan gementar untuk menghadapi situasi seperti bercakap dan bertanya soalan kepada orang yang tidak dikenali.
Tanda Tak Mahu Bergambar
Ini satu alasan kukuh. Orang Korea menggunakan mask apabila mereka tidak mengenakan sebarang mekap di muka. Ini juga tanda bahawa mereka tidak bersedia untuk merakamkan foto. Contoh situasi di lapangan terbang, selebriti terpaksa berdepan dengan banyak kamera walhal mereka berada dalam keadaan yang tidak bersedia.
Bau Mulut
Sebagai alat bantuan untuk menghindarkan diri dari bau mulut yang busuk. Tahukah, orang Korea ada tabiat membawa berus gigi ke mana sahaja, ini untuk membersihkan mulut dari bau yang kurang menyenangkan dan gigi bersih. Mereka sangat menjaga penampilan peribadi.
Trend Fesyen
Pada penulis memakai mask sangat merimas dan menyesakkan muka. Tapi orang Korea jadikan ia sebagai satu trend fesyen. Mereka percaya dengan memakai mask boleh melihatkan mereka nampak lebih comel dan menarik. Lagi pula di sana terdapat pelbagai rekaan mask yang comel dan cantik-cantik belaka.
Surgery
Satu lagi penggunaan mask adalah sebagai alat untuk menutup muka mereka yang sedang dalam surgery (pembedahan plastik). Jadi, agar tidak dipandang pelik orang sekeliling, orang Korea memakai mask supaya rasa selesa, yakin dan bergerak bebas.
Macam-macam hal. Dengan pandemik sekarang, semua orang diwajarkan pakai mask bagi mengelakkan penularan.