Senarai K-Drama Yang Papar Isu Kesihatan Mental Bagus Tonton

Kini semakin ramai yang mula peka terhadap isu kesihatan mental mana tidaknya pengetahuan yang didapati semasa menonton drama Korea, menambah ilmu pengetahuan mengenai masalah kesihatan terutama berkaitan dengan masalah kesihatan mental.

IKLAN

Drama Korea bukan saja berkisarkan elemen percintaan dan konflik semata-mata, tetapi juga memfokuskan isu kesihatan yang dilalui dikalangan masyarakat dunia.

Ini antara beberapa senarai drama Korea yang memaparkan tentang isu kesihatan mental yang bagus untuk ditonton, dan sekaligus ia menjadi pelindung diri bagaimana untuk menghadapi masalah kesihatan mental yang dialami.

#1 It’s okay Not To Be Okay

Sinopsis

Moon Gang Tae semasa kecil merasakan dirinya dipinggirkan oleh ibu bapanya, kerana mereka lebih memberi perhatian lebih pada abangnya Moon Sang Tae yang merupakan individu autistik.

Apabila dewasa Moon Gang Tae bekerja sebagai jururawat di wad psikiatri dan mana kala abangnya bekerja sebagai pelukis illustrasi untuk buku kanak-kanak popular tulisan oleh Ko Mun Yeong.

Ko Mun Yeong merupakan penulis buku cerita kanak-kanak terkenal, dirinya merupakan seorang yang anti sosial dan mempunyai masalah trauma kerana masa silamnya.

Ko Mun Yeong bertemu dengan Moon Gang Tae menerusi Moon Sang Tae dan dari situ bermulalah perjalanan kisah dongeng mereka.

Isu Kesihatan Yang Dipaparkan

Drama ini memaparkan isu kesihatan mental berkaitan PTSD, trauma, autistik dan tekanan.

IKLAN

#2 It’s Okay, That’s Love

Sinopsis

Jang Jae Yeol merupakan seorang penulis novel misteri dan juga seorang DJ radio yang popular. Disebalik senyuman manisnya tersembunyi personaliti yang berbeza.

Manakala Ji Hae Soo merupakan seorang doktor psikiatri yang sering berkongsi topik pengetahuan mengenai pemikiran penjenayah menerusi sebuah rancangan di televisyen.

Disebalik aura matang dan karisma yang ditonjolkan, dirinya mempunyai masalah peribadi sendiri. Menerusi program tersebut mereka berdua bertemu dan kemudian masing-masing cuba membantu merawat luka emosi yang dialami.

Isu Kesihatan Yang Dipaparkan

Drama ini mengupas tentang isu trauma, PTSD, psikologi, serangan panik atau anxiety, fobia seks, compulsive obsessive disorder (OCD) dan sindrom tourette.

#3 Hyde, Jekyll, Me

Sinopsis

Gu Seo Jin merupakan pewaris generasi ketiga yang menguruskan taman tema Wonder Land. Gu Seo Jin mempunyai rupa paras yang kacak, bijak dan kaya.

Tetapi malangnya dirinya terlibat dalam satu kemalangan semasa kecil dan menyebabkan dirinya memiliki dua personaliti yang berlainan.

Disebabkan masalah yang dialami, dirinya berikrar untuk tidak berkahwin dan berpacaran dengan wanita. Tapi takdir menemukan dengan Jang Ha Na yang merupakan ketua pengurus circus di taman temanya.

Menerusi pertemuan tersebut Ha Na jatuh cinta pada kedua-dua personaliti Seo Jin seperti Dr. Jekyll dan Mr.Hyde.

Isu Kesihatan Yang Dipaparkan

Drama Jekyll, Hyde, Me ini memaparkan tentang isu kesihatan mental berkaitan psikologi yang dikenali sebagai dissociative identity disorder atau D.I.D.

#4 Good Doctor

Sinopsis

Park Shi On merupakan seorang doktor yang autistik yang dikenali sebagai savant disorder, dirinya mempunyai mentaliti kanak-kanak berusia 10 tahun.

Lihat bagaimana doktor Park Shi On menangkis pandangan negatif dan diskiminasi terhadap individu autistik dikalangan rakan sejawat dan masyarakat sekeliling dengan menampilkan kebolehan luar biasa yang dimilikinya.

Isu Kesihatan Yang Dipaparkan

Drama ini mengupas isu tentang autistik savant disorder yang sangat jarang berlaku dikalangan manusia dan juga menyentuh tentang isu penderaan mental dan fizikal yang dialami watak dalam drama.

#5 The K2

Sinopsis

Kim Je Ha merupakan seorang bekas tentera yang dikenali sebagai ‘K2’ yang kemudian bertukar menjadi seorang pelarian kerana di tuduh membunuh teman wanitanya semasa dirinya berkhidmat di Iraq.

Demi meneruskan hidup, dirinya pulang ke Korea dan menjadi pengawal peribadi Choi Yoo Jin yang merupakan pemilik JSS Security dan isteri kepada presiden parti politik Jang Se Joon.

Je Ha yang merupakan seorang bekas tentera yang hebat berjaya membalas dendam terhadap individu yang memberi arahan membunuh teman wanitanya.

Kisah hidupnya kemudian semakin rumit apabila dirinya menjadi pengawal peribadi Go An Na, yang merupakan anak luar nikah presiden Jang Se Joon.

Go An Na mempunyai masalah psikologi dan anxiety sejak zaman kanak-kanaknya, kemudian dirinya mula berubah setelah berjumpa dengan Je Ha dan mereka berdua jatuh cinta dan hadapi pelbagai rintangan bersama.

Isu Kesihatan Yang Dipaparkan

Drama ini mengupas tentang isu psikologi, PTSD, anxiety, kemurungan, tertekan, dan fobia sosial.

Foto – Unicef

Masalah kesihatan berkaitan mental harus diberi perhatian serius, bagi yang ingin mengetahui mengenai masalah kesihatan mental dengan lebih lanjut apa kata kamu tonton drama-drama ini.

Selamat menonton

Rujukan: 1, 2,

Anxietydrama koreaDrama Korea Papar Isu Kesihatank-dramaK-Drama Papar Isu Kesihatan MentalKesihatan MentalPTSD