Penggunaan plastik boleh mencemarkan alam sekitar. Disebabkan itu, sekarang kita lihat semua restoran tidak lagi memberi straw plastik bagi mengurangkan penggunaannya, di samping menyelamatkan alam sekitar agar terpelihara dengan baik.
Bila straw tidak lagi disediakan, masing-masing pula mengambil pendekatan dengan menggunakan straw sendiri, dan kebanyakan memilih penyedut minuman jenis besi. Sangat praktikal dan mudah, ia boleh digunakan secara berulang kali, dengan syarat ia dibasuh sebelum digunakan kembali.
Tapi, adakah penggunaan straw besi benar-benar selamat?
- Straw besi biasanya diperbuat daripada stainless steel atau keluli tahan karat dengan kualiti gred makanan, bermakna selamat digunakan sebagai salah satu peralatan makanan.
- Ia adalah 100% selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik berbanding straw plastik pakai buang.
- Ia juga pilihan yang lebih berbaloi berbanding straw jenis lain seperti buluh yang mudah patah dan jangka masa penggunaan yang pendek.
- Memandangkan sifat yang tidak fleksibel atau tidak boleh dilentur seperti mana straw plastik, ia perlu digunakan secara berhati-hati, boleh menyebabkan kecederaan kecil pada bahagian gusi atau lelangit mulut.
Kesimpulannya, walau harga straw besi ini agak mahal, tapi ia agak berbaloi untuk penggunaan jangka panjang. Mudah dicuci memandangkan setiap pembelian akan disertakan bersama dengan berus pencuci khas. Ia juga boleh dikitar semula apabila anda tidak lagi ingin menggunakannya. Straw besi juga tidak mudah rosak dan berkarat memandangkan ia diperbuat daripada jenis keluli tahan karat.
Memandangkan dihasilkan daripada logam jadi ia tidak sesuai digunakan bagi hidangan minuman panas. Lagi satu, ibu bapa perlu mengawal penggunaan straw besi pada kanak-kanak, dikhuatiri akan mencederakan diri mereka dan orang lain.
Selamat Beramal!