K-Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ Kongsi Cara Self-Healing Trauma

K-drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ yang baru saja disiarkan di Netflix pada 20 Jun dan 21 Jun (Sabtu dan Ahad), mula mendapat tempat di hati pencinta K-drama.

IKLAN

Lakonan mantap antara Kim Soo Hyun dan Seo Yea Ji yang ditunjukkan pada episod satu dan dua telah membuatkan penonton terus jatuh cinta.

Chemistry antara dua pelakon berbakat ini membuatkan ramai yang tidak sabar menanti episod seterusnya pada hujung minggu ini.

Apa yang membuatkan drama Korea ini lain dari yang lain adalah, bagaimana perjalanan drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ kongsikan kepada penonton tentang teknik self-healing bagi individu yang mengalami trauma. 

Teknik Self-Healing Hadapi Trauma

Foto – Twitter

Permulaan ceritera dengan cara yang unik dan versatil menunjukkan drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ akan menyajikan lebih banyak intipati berkaitan cara menghadapi kisah silam dan trauma, dengan teknik self-healing yang dikongsikan menerusi babak dalam drama ini.

Pada episod yang disiarkan penonton dapat melihat bagaimana Moon Gang Tae (Kim Soo Hyun) cuba menenangkan Ko Mun Yeong (Seo Yea Ji) yang mengalami tekanan dengan melakukan ‘Butterfly Hug’.

Terapi Butterfly Hug Untuk PTSD

Terapi ‘Butterfly Hug’ yang juga dikenali sebagai ‘Hug of Self Love’ ini sering digunakan bagi menenangkan pesakit yang menghadapi Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD). 

Dalam drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ terdapat babak dimana Moon Gang Tae lakonan aktor Kim Soo Hyun cuba menenangkan Ko Mun Yeong lakonan aktres Seo Yea Ji, dengan menggunakan teknik terapi ‘Butterfly Hug’.

Foto – Arkib Wanista

Peringatan Kesihatan, Batuk Jangan Lupa Tutup Mulut!

Dengan penularan wabak Covid-19 yang masih tiada penawarnya, drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ juga memberi peringatan buat penonton agar kekal menjaga kesihatan menerusi babak batuk sambil menutup mulut yang dilakukan oleh Moon Sang Tae lakonan Oh Jung Se.

Memang lain dari yang lain drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ ni, drama ini bukan saja memfokuskan elemen romantik dan percintaan sahaja.

IKLAN

Tetapi juga menyentuh elemen kesihatan mental khususnya bagi memberi gambaran betapa pentingnya untuk kita menjaga kesihatan mental dan cara menghadapinya dengan betul.

Sinopsis ‘It’s okay Not To Be Okay’, Bukan Sekadar Kisah Dongeng

Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ berkisarkan tentang Moon Gang Tae (Kim Soo Hyun) yang harus menjaga abangnya Moon Sang Tae (Oh Jung Se) yang autistik. Diri Moon Gang Tae bergelut dengan kompleks diri bila mana ibu bapanya lebih pentingkan abangnya daripada dirinya sendiri.

Ko Mun Yeong (Seo Yea Ji) merupakan penulis buku cerita kanak-kanak yang sangat popular, Ko Mun Yeong menulis buku berkisarkan kisah dongeng dengan elemen gelap.

Takdir menemukan Moon Gang Tae dan Ko Mun Yeong menerusi Moon Sang Tae yang bekerja sebagai illustrasi untuk buku dongeng kanak-kanak milik Ko Mun Yeong.

Bermulalah ceritera kisah dongeng romantik dengan elemen gelap antara anti sosial Ko Mun Yeong dan Moon Gang Tae bersama abangnya yang masing-masing memiliki kisah silam yang tidak boleh dilupakan.

Dah tonton drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’?

Rujukan: 1

Aktor Kim Soo HyunAktor Oh Jung SeAktres Seo Yea JiIt's Okay Not To Be OkayK-drama It's Okay Not To Be OkayKo Mun YeongMoon Gang TaeMoon Sang TaePost Traumatic Stress DisorderPTSDTeknik Terapi PTSDTerapi PTSD