Nama Sara Ali Khan cukup besar di Bollywood. Selain bertuah mempunyai ‘kabel’, bapanya Saif Ali Khan dan ibu tiri Kareena Kapoor, jadi mudah untuk dia bertapak dalam dunia perfileman di India.
Tapi siapa sangka sebelum debut, Sara Ali Khan terpaksa menempuh hari-hari yang mencabar bagi mendapatkan fizikal sempurna. Tidak mudah bagi remaja dengan berat lebih dari 90 kilogram nak debut jadi bintang filem.
Sara berkongsi mengenai kepayahan yang dihadapi dengan PCOD (Polycystic Ovary Syndrome) yang menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan. Aktres itu nekad untuk menurunkan berat badan sebelum membuat debut di layar perak.
“Saya belajar di Columbia selama empat tahun dan pada akhir tahun kedua, saya memutuskan untuk menceburi bidang lakonan kerana saya betul-betul minat. Tetapi saya sedar dalam mimpi selepas melihat penimbang yang menunjukkan angka 96 kilogram. Terasa satu benda hempap ke muka. Ketika tahun akhir, saya menurunkan berat badan.”
“Saya remaja biasa macam orang lain. Jadi sukar untuk saya menurunkan berat badan dan tahap hormon sangat tinggi. Jadi, ada masa saya yakin, ada masa saya seperti khayal… langsung tidak fokus,” tambahnya.
“Di satu sisi anda lihat saya makan pizza, di sisi lain hanya protein sahaja dibenarkan. Itulah kehidupan saya. Saya bekerja keras dengan bersenam dan mengekalkan kehidupan yang disiplin.
Kata Sara, dia berlatih kathak, yoga, pilates, boxing dan senaman dengan penuh kesungguhan untuk tetap fit. Dia juga menjalani latihan boot camp dan bermain tenis dengan ayah Saif Ali Khan. Masanya dipenuhi dengan aktiviti mengeluarkan peluh bagi betul-betul mendapatkan shape yang ideal.
Bagus cara Sara, nak berat badan ideal kena disiplin bersenam dan jaga pemakanan. Baru rasa sihat dan selesa dengan perubahan diri.
Wanista harap anda di luar sana terus mengamalkan gaya hidup sihat, dan tidak bergantung pada pil kurus sahaja.