Kim Soo Hyun is back everyone!
Tahun ini aktor kacak dan multi-talent Kim Soo Hyun bakal menyajikan drama terbarunya buat penonton setia Netflix pada 20 Jun 2020 ini nanti. Ini merupakan K-drama pertama Soo Hyun selepas tamat perkhidmatan ketenteraan pada 1 Julai 2019 lalu.
Pelakon berbakat besar ini telah banyak memberi kejutan kepada peminat dengan bakat lakonannya yang mantap dan penuh emosi, jadi tidak hairan ramai peminat mula berharap buah tangan dari aktor kacak untuk tahun ini akan berjaya seperti drama-drama Soo Hyun yang lain.
Sebelum ini, Soo Hyun membuat kemunculan bagi dua episod dalam drama popular ‘Crash Landing On You’. Kemunculan untuk dua episod sementara itu, menaikkan nama Soo Hyun di pentas lakonan dan rata-rata ramai yang menanti drama terbarunya.
Buah Tangan Pertama 2020 Kim Soo Hyun
Tahun ini Soo Hyun bawakan drama terbarunya buat penonton setia Netflix dengan K-drama yang bertajuk ‘It’s okay To Not Be Okay’, drama ini bakal mengambil tempat di Netflix pada 20 Jun 2020 dengan waktu tayangan pada jam 22:30 KST atau 21:30 MYT.
Dalam drama terbaru ‘It’s Okay Not To Be Okay’ ini, Soo Hyun memegang watak sebagai Moon Gang Tae yang merupakan anak kedua dalam keluarga yang perlu menjaga abangnya Moon Sang Tae (lakonan Oh Jung Se) yang merupakan anak autistik.
Drama berkonsepkan ala dark fairytale ini juga akan membawa penonton Netflix, menelusuri perjalanan romantik dan emosi lakonan aktor Kim Soo Hyun dan aktres Seo Yea Ji sebagai Ko Mun Kyeong yang merupakan penulis buku kanak-kanak, di samping perlu menjaga abangnya yang autistik.
Nak tahu perjalanan seperti kisah dongeng dengan sedikit sentuhan elemen gelap, jangan ketinggalan untuk menonton drama Kim Soo Hyun di Netflix pada pertengahan bulan ini nanti.
Sinopsis Dan Trailer ‘It’s Okay Not To Be Okay’
Moon Gang Tae membesar dan selalu percaya bahawa dirinya tidak penting berbanding abangnya Sang Tae yang merupakan anak istimewa (autistik). Gang Tae percaya ibu bapanya hanya perlukan dirinya sebagai seseorang yang boleh menjaga Sang Tae.
Sang Tae merupakan peminat besar Ko Mun Kyeong yang merupakan penulis buku kanak-kanak dan akhirnya menjadi pelukis illustrasi untuk buku Ko Mun Kyeong.
Manakala Ko Mun Kyeong yang cukup terkenal dengan buku elemen gelapnya, Ko Mun Kyeong merupakan seorang anti sosial dan suka dengan pisau yang tajam.
Ko Mun Kyeong melihat Moon Gang Tae menarik dan serupa dengan dirinya, meski mereka berdua memiliki personaliti yang berbeza. Kedua-dua pasangan ini cuma mengatasi trauma masa silam dan kesukaran yang dihadapi.
Akhirnya ia membawa mereka berdua kepada kisah cinta yang unik dengan twist elemen gelap ala kisah dongeng.
Drama ini mempunyai 16 episod ke semuanya dan akan ditayangkan dua episode setiap minggu pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pada waktu 22:30 KST atau 21:30 MYT di Netflix 20 Jun ini nanti.