“Eh, pening kepalalah nak pilih beauty blender ni. Dah lah banyak jenis, bentuk pun lain-lain ish tak tahulah nak pilih!”
Bagi wanita yang baru berjinak-jinak dalam dunia mekap pastinya pening nak pilih beauty blender, almaklum terlalu banyak jenis dan bentuk terdapat di pasaran.
Jadi bagaimana nak tahu beauty blender mana yang bagus dan sesuai untuk digunakan oleh wanita yang baru belajar bertatarias? Ketahui jawapannya dalam tips kecantikan di bawah.
#1 Kenal Pasti Beauty Blender
Kamu perlu tahu perbezaan antara beauty blender dan span mekap biasa, kadang kala ada sesetengah wanita yang kurang mahir tentang mekap menganggap span mekap biasa itu adalah beauty blender.
Untuk mengenal pasti beauty blender dan span mekap biasa adalah dari segi bentuknya, beauty blender mempunyai bentuk berlekuk dan runcing.
Reka bentuk beauty blender yang unik ini membolehkan setiap perincian di wajah menjadi sempurna dengan penggunaannya.
#2 Ketahui Jenis & Fungsi Beauty Blender
Beauty blender hadir dalam enam jenis blender mengikut kegunaan dan fungsi masing-masing. Oleh itu, sebagai beginners kamu juga perlu tahu jenis-jenis beauty blender dan kegunaannya agar kamu tidak membazir membeli alat mekap yang kamu tidak guna nanti.
- Beauty blender original pink – Blender jenis ini sesuai digunakan untuk semua jenis mekap. Ia akan membuatkan penggunaan foundation dan primer di wajah menjadi flawless.
- Beauty blender mini micro – Blender jenis ini pula sesuai untuk touch up di kawasan yang sukar di capai. Selain itu, blender ini juga sesuai untuk menghasilkan eyeshadow jenis smoky.
- Beauty blender pro – Blender ini juga dikenali sebagai Black Beauty Blender di mana blender ini digunakan untuk penggunaan spesifik seperti gaya mekap chic. Selain itu, beauty blender jenis pro ini selalu digunakan bagi yang jenis pakai mekap untuk masa yang lama.
- Body blender – Blender jenis ini sesuai digunakan ketika kamu ingin mengguna sunscreen, body bronser atau mekap untuk menggelapkan kulit.
- Beauty blusher – Seperti namanya, ia digunakan untuk memakai pemerah pipi, reka bentuk blender bersaiz kecil sesuai untuk kamu guna sebagai pengganti berus pemerah pipi.
- Beauty blender pure – Blender ini direka khas untuk penggunaan lembut untuk kulit jenis sensitif dan blender ini juga sesuai untuk kamu gunakan ketika memakai primer, pelembap muka, krim mata, minyak dan krim muka.
#3 Bentuk Yang Sesuai
Penting untuk kamu tahu tentang bentuk beauty blender kerana bentuk blender yang betul akan membuatkan wajah kamu menjadi menawan. Bentuk beauty blender yang bagus adalah jenis bentuk seperti telur yang separa bulat dan sedikit runcing.
Blender yang berbentuk seperti telur ini membolehkan kamu mengaplikasi produk kecantikan dengan sekata dan menutup kedutan wajah dengan sempurna.
#4 Saiz Amat Penting Ketika Bertatarias
Selain daripada bentuk, saiz juga sangat penting, setiap beauty blender mempunyai saiz yang berlainan dan mengikut fungsi yang berbeza.
Pemilihan saiz blender yang besar sesuai untuk kamu touch up mekap pada kawasan muka yang besar seperti pipi, dahi dan dagu.
Manakala penggunaan blender bersaiz kecil sesuai digunakan untuk touch up mekap pada bahagian yang sukar dicapai seperti hidung, celah hidung, bawah mata dan sekitar mata.
#5 Tekstur Beauty Blender
Bagi beginner penting untuk kamu kenal pasti tekstur blender yang kamu ingin gunakan pada muka, blender yang bagus mempunyai tekstur permukaan yang rata, lembut dan licin.
Elemen ini penting kerana segala liang pori yang terdapat di muka boleh ditutupi dengan pemilihan blender dengan tekstur yang lembut, licin dan rata.
Jadi sebelum beli beauty blender, rasa dulu permukaan blender tersebut.
Jadi bagi kamu yang baru belajar tentang mekap, penting untuk kamu kenal pasti jenis blender yang kamu ingin gunakan untuk berlatih tatarias.