Kareena Kapoor Dedah Dia Tolak Lamaran Saif Ali Khan Dua Kali

Kareena Kapoor Khan dan Saif Ali Khan tidak dapat dinafikan adalah power couple yang cukup disayangi dalam industri Bollywood.

IKLAN

Kini mereka dikurniakan putera Taimur Ali Khan yang menjadi kegilaan rakyat India, kerana kecomelan dan telatah di depan kamera.

Foto – Pinterest

Tapi jangan tak tahu sebelum mendirikan rumah tangga, Kareena Kapoor terlebih dahulu menolak dua lamaran Saif Ali Khan. Hah, kenapa ye sampai dua kali? Jom ikuti perjalanan kisah cinta mereka…

Akshay Kumar Orang Pertama

Bercakap dalam satu temubual, Kareena mendedahkan bahawa aktor Akshay Kumar merupakan orang pertama yang mengetahui bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Saif. Bukan hanya itu, Kareena bahkan menyebut bahawa Akshay merahsiakannya dan merupakan kawan baik baginya.

Cinta Lokasi

Semuanya bermula di set filem Tashan. Di mana Kareena dalam diam miliki satu perasaan aneh pada Saif Ali Khan, yang merupakan co-star filem itu.

Foto – Poster

“Saya bertemu dengan Saif dan kami jatuh cinta,” jelas Kareena ketawa.

Baru setahun menjalin hubungan. Saif nekad mencacah tatu untuk menandakan cintanya kepada Kareena. Tatu di bawah lengan dieja nama Kareena dalam bahasa Hindi dan menjadi bualan peminat Bollywood.

Hubungan Makin Serius Dan Hidup Bersama

Kareena atau lebih mesra dipanggil Bebo mengatakan lagi selepas lama dating, Saif dan dia memutuskan untuk hidup bersama.

Foto – Pinterest

“Saif mengatakan dia bukan lagi anak muda, dan sampai bila mahu terus menjemput dan menghantar Kareena setiap malam. Jadi dia memberitahu ibu, ‘Saya ingin menghabiskan sisa hidup saya dengan Kareena. Kami mahu hidup bersama.”

Siapa sangka ibu sangat senang mendengarnya.

IKLAN

Lamaran Di Kota Paris

Pasangan itu bercuti di Paris, dan Saif memutuskan untuk melamar Kareena. Ketika Saif mengemukakan soalan, Kareena menolaknya dua kali.

Foto – Bollywood Life

Dalam rancangan bual bicara, Kareena mendedahkan lamaran pertama berlaku ketika mereka berada di sebuah bar, suasana yang tidak romantik. Dan kali kedua ketika mereka berada di Gereja Notre Dame. Kareena akhirnya mengatakan ‘ya’ dan pasangan itu terus melangsungkan perkahwinan penuh glamor.

Wedding of the Year

Power couple ini mengikat tali pada 16 Oktober 2012 secara tertutup di Mumbai Taj Mahal Palace Hotel. Majlis perkahwinan itu adalah salah satu upacara yang paling banyak diperkatakan dan dihadiri oleh kaum keluarga, rakan terdekat serta sahabat selebriti pasangan itu.

Foto – Pinterest

Malah puteri sulung Saif dan Amrita (isteri pertama), iaitu Sara Ali Khan juga turut hadir menyaksikan momen bahagia tersebut.

Bebo Mengandung Dan Taimur Ali Khan

“Saya dan isteri ingin mengumumkan bahawa kami sekarang berada dalam fasa bahagia, di mana Kareena sedang sarat hamil. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas berkat dan sokongan.”

Akhirnya pasangan ini menyambut kelahiran bayi pertama mereka, Taimur Ali Khan pada 20 Disember 2016. Dalam beberapa jam saat pengumuman, gambar Taimur tular di internet. Semuanya bercakap tentang rupa paras anak kecil yang bermata biru itu.

Taimur Ali Khan, kanak-kanak paling popular di India. Foto – Arkib Wanista

Pada yang tidak tahu, Taimur adalah sensasi internet di India dan anak pasangan selebriti paling popular. Di usia masih kecil, dia sudah ada beberapa kelab peminat. Hebatkan!

RUJUKAN

gossip kareena kapoorKareena Kapoorkareena kapoor 2020kareena kapoor dan said ali khankareena kapoor kahwinkisah kareena kapoor