7 Sebab Utama Kenapa Mat Salleh Suka Wanita Asia

“Wah, tengok pasangan tu teman lelaki dia mat salleh lah, dua-dua sama padan jelesnya tengok! Macam manalah dia orang boleh jadi couple eh?”

IKLAN

Kadang kala pertanya seperti ini kerap dilontarkan oleh orang-orang sekeliling apabila melihat pasangan campur mat salleh dan wanita Asia. Jadi apa yang menyebabkan orang lelaki dari negara Barat sangat menyukai wanita Asia?

Sebenarnya  terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mengapa lelaki barat atau mat salleh sangat menyukai wanita Asia, ketahuinya di bawah!

Tahu Menghargai

Foto – Pinterest

Bagi mat salleh apa yang penting dalam hubungan adalah saling menjaga dan menghargai antara satu sama yang lain, wanita Asia bijak dalam menjaga hubungan dan tahu menghargai diri mereka.

Tidak seperti wanita Barat di mana wanita di sana kurang beri perhatian tentang perkara seperti ini, lalu menyebabkan ramai lelaki Barat mencari wanita Asia.

Pandai Menjaga Bentuk Badan

Foto – Best Brides

Selain itu, wanita Asia juga sangat menjaga bentuk badan mereka menjadikan ianya salah satu tarikan buat mat salleh. Mana-mana lelaki pasti suka jika wanita idaman mereka menjaga bentuk badan dan kecantikan untuk diri mereka sendiri.

Tak Kekok Jaga Anak

Foto – Google

Kebanyakan wanita Asia sangat pandai menjaga dan mendidik anak ini adalah pandangan lelaki mat salleh yang telah berkahwin dengan wanita Asia.

Bagi mereka wanita Asia bukan saja pandai menjaga hubungan malah tidak kekok menjaga anak. Tidak seperti wanita di Barat di mana rata-rata memilih tidak mahu menjaga anak dan menganggap perbuatan tersebut seperti diperhambakan oleh suami atau pasangan mereka.

Tidak Segan Masuk Dapur

Foto – Live Japan

Lelaki mat salleh sangat kagum dengan wanita Asia yang boleh memasak kerana bagi mereka wanita yang boleh memasak boleh menjaga rumah tangga dengan baik.

Ini adalah kerana kebanyakkan wanita di Barat kurang memasak untuk pasangan mereka dan menganggap itu adalah pekerjaan untuk orang gaji.

IKLAN

Mana-mana lelaki sangat menyukai jika wanita idaman mereka masakkan makanan kesukaan mereka di rumah dan sebagai balasan diri mereka akan bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk pasangan mereka.

Kepuasan Seks

Foto – Pinterest

Kebanyakan lelaki mat salleh bersetuju bahawa kehidupan seks bersama wanita Asia sangat memuaskan kerana bahagian intim wanita Asia sangat ketat dan dapat memberi nikmat kepuasan tak terhingga buat diri mereka.

Ini adalah salah satu faktor utama mengapa ramai lelaki mat salleh memilih pasangan mereka di kalangan wanita Asia, mungkin kita berasa janggal tetapi kepuasan seks juga penting dalam menjaga hubungan yang harmonis dan berkekalan.

Bijak Bergaya Dan Bertatarias

Foto – Arkib Wanista

Tiada apa yang menarik pandangan mata dari melihat wanita idaman bergaya demi sang pujangga. Ya itu lah yang diingini oleh lelaki mat salleh, mereka sangat menyukai pasangan mereka berhias dan bergaya demi diri mereka.

Ini menunjukkan bahawa wanita idaman mereka tahu bagaimana untuk menarik perhatian dan tumpuan teman lelaki atau pasangan kepada diri mereka.

Bersikap Terbuka

Foto – Diversity Tomorrow

Lelaki mat salleh jatuh cinta dengan sikap keterbukaan yang dimiliki oleh wanita Asia, sikap seperti ini membenarkan lelaki mat salleh lebih berterus terang tentang apa yang mereka ingin pasangan wanita mereka lakukan dalam perhubungan.

Dengan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh wanita Asia, membuatkan ramai lelaki mat salleh memilih wanita Asia sebagai pasangan hidup mereka.

Ni baru kriteria lelaki mat salleh, kalau kamu pula bagaimana? Apa kriteria yang kamu inginkan dalam mencari pasangan hidup?

Rujukan: 1, 2, 3,

Kriteria Wanita Kesukaan Mat SallehLelaki Barat Suka Wanita AsiaMat SallehMat Salleh Suka Wanita AsiaSebab Lelaki Barat Suka Wanita Asia