Kulit kering jika tidak dirawat boleh menyebabkan rupa paras kelihatan tua.
Kekurangan sebum boleh menyebabkan kulit kering, bukan saja pada wajah tapi juga seluruh tubuh.
Dan bila kamu nak beli produk penjagaan wajah, sila perhatikan produk yang mempunyai 7 bahan ini. Dipercayai, ketujuh bahan ini mampu merawat masalah kulit disamping menghidrat secara perlahan jika kamu masukkan ke dalam rutin harian.
Asid Hialuronik – Boleh menyimpan 1000x ganda beratnya di dalam air. Selain menghidratkan kulit kering, ia juga bagus untuk mengelakkan garis halus dan kedutan.
Aloe Vera – Bahan ini mempunyai antioksidan, vitamin A, enzim, dan bersifat anti-radang. Kulit terasa sejuk apabila disapukan si seluruh wajah. Formulanya berbaloi dipakai pada kulit kering, eczema dan melecur kecil.
Ceramide – Bagus dalam mencantum sel-sel kulit untuk mengunci lembapan dan menyingkir kotoran. Secara tak langsung, kulitmu akan kekal gebu, terhidrat dan lembut dengan bahan menakjubkan.
Glycerin – Mampu ‘menarik’ lembapan pada kulit untuk mengekalkan penghidaratan. Formula bahannya ringan dan amat sesuai buat kamu yang tidak suka rasa melekit dan heavy feeling dalam sesetengah produk.
Petroleum – Bersifat kalis air yang menutup lembapan dan menghalang foreign particles pada kulit. Kamu yang ada bibir dan tumit merekah, calar dan lecur kecil boleh cuba.
Asid Laktik – Sangat membantu kulit kering terutamanya jenis Alpha Hydroxy Acid (AHA) untuk mengurangkan kedutan dan garis halus. Asid laktik dapat meningkatkan faktor semula jadi kelembapan pada kulitmu.
Lanolin – Lanolin ialah emolien di mana ia kekal dalam penghidratan dan melembapkan kulitmu. Kamu yang sedang merana dry patches dan tumit merekah, ini penyelesaian terbaik untuk kamu.
Setiap kali nak beli skincare, sila study bahan tersebut terlebih dahulu sebelum kamu menyesal kelak akibat berhabisan.