Siapa dekat sini yang suka sangat makan kerepek kentang ‘Pringles’?
Kalau ke supermarket, confirm akan beli buat stok baru. Penulis bukanlah peminat Pringles tapi penulis punya anak saudara lelaki yang memang gilakan Pringles. Setiap kali ke supermarket, mesti akan ke area Pringles… begitulah pengaruh Pringles untuk anak kecil.
Nak tanya, asyik makan je… kamu tahu tak cara pembuatan Pringles sampai buat kita semua ketagih? Mungkin ramai merasakan pembuatannya seperti cara tradisional, di mana ubi kentang dipotong nipis dan digoreng secara ‘double fry’ untuk mendapatkan kerangupan.
Salah ye! Untuk pengetahuan semua, Pringles langsung tidak menggunakan sebarang ubi kentang. Hah terkejutkan?
Rahsia Pringles
Proses pembuatan bermula dengan larutan gandum, beras, tepung jagung, dan serpihan kentang (potato flakes), yang dijadikan doh. Hasilnya, doh disimpan menjadi kepingan nipis dan dituai secara mekanikal mengikut ukuran yang disediakan.
Kerepek kemudian dibawa ke conveyor belt, di situ satu proses dijalankan sehinggalah menjadi bentuk Pringles yang ikonik.
Pada fasa seterusnya, setelah membakar dan menggoreng selama beberapa saat, kerepek dikeringkan, disembur dengan perasa, dan dihantar perlahan ke conveyor belt untuk dibungkus.
Maka terhasillah kerepek kentang Pringles.
Siapa sangkakan… Pringles langsung tidak menggunakan ubi kentang tapi tepung semata. Wanista harap kamu semua mendapat idea tentang bagaimana Pringles dibuat, ternyata fake chips sahaja.