Samsung Galaxy Z Flip akhirnya memasuki pasaran Malaysia, telefon lipat yang compact ini kini boleh didapati di kedai dalam talian Samsung, semua kedai Samsung dan juga kedai pilihan Samsung yang terdapat di seluruh Malaysia.
Telefon pintar jenis ‘flip’ atau berlipat ini memampilkan tiga ciri untuk yang gempak dan luar biasa sesuai untuk generasi masa kini.
https://www.youtube.com/watch?v=UVxyXzaCI34
Nak Ambil Foto Tak Perlu Tripod!
Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip ini mempunyai ‘Flex Mode’ di mana pengguna tidak perlu menggunakan tripod atau mana-mana jenis stands untuk ambil gambar mahupun video.
Apa yang pengguna perlu lakukan adalah bengkokkan telefon pintar setiap kali pengguna ingin mengambil foto ataupun video. Posisi telefon pintar yang dibengkokkan tersebut sangat stabil dan pengguna boleh merakam atau mengambil foto mengikut posisi yang diingini.
Kawalan Mod Flex Hebat
Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip yang boleh lipat ini mempunyai dua skrin yang dengan saiz empat inci pada kedua-dua skrin. Pengguna boleh menggunakan kedua-dua skrin untuk melakukan pelbagai tugasan.
Selain itu, pengguna dapat melihat maklumat pada skrin di bahagian atas dan di bahagian bawah pula adalah fungsi untuk mengawal. Cukup hebat dan gempak fungsi mod flex ni.
Compact Dan Ringkas
Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip jenis lipat ini bercirikan elemen compact dan mudah untuk disimpan dalam tas tangan kecil. Rekaan yang ringkas tapi elegan ini pastinya membuatkan pengguna wanita khususnya menyukai telefon pintar ini.
Tambahan lagi telefon hebat ini juga hadir dalam tiga variasi warna iaitu Mirror Purple, Mirror Gold dan Mirror Black sebagai pilihan, manakala dari segi harga pula ianya di jual pada harga RM5,888.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip terbaru ini, layari laman sesawang Samsung [SINI].