“Dalam strawberi ada ulat, biar betul!”
Rata-rata ramai yang terkejut apabila tular sebuah video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna aplikasi TikTok, di mana video yang dikongsikan tersebut merupakan pengalaman mereka sendiri.
Pada asalnya pengguna TikTok ini ingin menunjukkan cara yang betul untuk membersihkan buah strawberi, tapi tak sangka hasilnya muncul sesuatu yang tidak di duga, selepas rendam buah strawberi selama 30 minit dalam air garam muncul ulat dan seranggan pada permukaan kulit buah strawberi! Euww…
Pemilik video TikTok tersebut menunjukkan buah strawberi yang di rendam di dalam air garam dan dibiarkan selama 30 minit tiba-tiba menunjukkan sesuatu. Buah strawberi tersebut menampakkan ulat dan serangga di permukaan kulit buah strawberi yang masih hidup.
Siapa yang tidak terkejut buah kegemaran ramai sebenarnya mengeluarkan ulat sebegitu kan!
Basuh Buah Strawberi Dengan Betul
Gara-gara penularan video yang menunjukkan bahawa terdapat ulat keluar dari buah strawberi, kini ramai tidak ingin makan buah tersebut dek gara-gara geli melihat ulat dan serangga yang keluar dari buah warna merah hati ini.
Sebenarnya tidak perlu panik, buah strawberi ini boleh di makan cuma kita harus bersihkannya dengan betul. Bersihkan buah strawberi dengan betul supaya diri kita tidak sakit perut dan ulat mahupun serangga keluar sepenuhnya dari buah kegemaran kita.
Cara bersihkan buah strawberi
- Isi air ke dalam mangkuk.
- Masukkan garam ke dalam air berkenaan dan gaul sehingga garam larut.
- Rendam buah strawberi ke dalam air garam selama 30 minit.
- Bilas sekali lagi buah strawberi dengan air dan buah boleh di makan.
Meski banyak reaksi dan komen mengenai pemakanan buah strawberi ini, tapi sebenarnya jika di lihat ia bukanlah satu isu besar yang penting buah di basuh dengan betul.