Seharian mengenakan gincu boleh membuatkan bibir kering dan kusam. Nak touch up dengan lip balm untuk memberi kelembapan terasa seperti tidak cantik malah bercapuk. Ini kerana lip balm biasanya mempunyai tekstur yang lebih berkilau dan kandungan bahan tertentu.
Sebab itu kita kena mula amalkan rutin memakai lip sleeping mask. Bagusnya lip sleeping mask, ia digubal bagi menyediakan bibir dengan rawatan rapi khas, perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya.
Anda pakai sebelum tidur, biarkan semalaman dan esok pagi lihat perubahan pada bibir. Terasa lebih segar, lembut, lembap dan sihat!
Nak rawat bibir, cukup menggunakan produk hebat ini.
Laneige Lip Sleeping Mask
Terdiri daripada 8 jenis buah yang kaya dengan antioksidan. Antaranya raspberry, strawberry, cranberry, blueberry, gojiberry, soapberry, cloudberry dan coffee berry.
Kaya dengan vitamin C dan antioksidan, ekstrak campuran beri ini melegakan bibir kering dan pecah-pecah menjadikannya lembut dan licin lagi.
Burt’s Bees Moisturizing Lip Mask
Ia dicipta khas untuk menyihatkan bibir dengan campuran tumbuhan minyak semula jadi meadowfoam seed dan almond oils.
Mamonde Lip Sleeping Mask
Yang best produk ini menggunakan hydroxy acids dan fruit enzymes untuk menghilangkan bibir kering serta sel kulit mati.
Innisfree Lip Sleeping Mask
Ada dalam dua pilihan seperti green tea dan canola oil, setiap satu mampu memberi kelembutan pada bibir sepanjang masa.
Bite Beauty Agave+ Nighttime Lip Therapy
Sangat terkenal kerana kandungan minyak tumbuhan dan agave nectar bagus untuk melembap serta memulihkan bibir kusam.
Rawat bibir anda sekarang. Selamat Beramal!