Sekarang ini sektor ekonomi negara telah mula beroperasi seperti sedia kala, dan ramai orang telah mula bekerja meski pandemik masih lagi menular di negara. Namun apakan daya demi meneruskan kehidupan, kita harus bekerja demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi sektor-sektor yang telah mula bekerja.
Manakala bagi yang bekerja, semestinya penggunaan topeng muka adalah item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan kuman yang terdapat di udara.
Basuh Topeng Muka Macam Cuci Baju
Boleh dikatakan ramai yang menggunakan topeng muka guna semual (reusable face mask) kerana tidak mahu menghabiskan wang untuk membeli topeng muka pakai buang setiap hari.
Bagi yang menggunakan topeng muka guna semula, kamu harus menjaga kebersihan dengan mengetahui berapa kali harus kamu cuci topeng muka tersebut.
Kalau nak tahu topeng muka guna semula ini menggunakan fabrik kain, oleh itu tiap kali kamu guna selepas balik bekerja kamu harus terus basuh sama seperti mencuci baju.
Dengan menggunakan metafora mencuci topeng muka guna semula seperti cuci baju, sudah tentu kamu dapat lihat berapa kerapnya kamu harus membasuh topeng muka tersebut bukan. Lagi-lagi pula kamu guna setiap hari ketika keluar bekerja.
Cara Buat Topeng Guna Semula
Bagi yang ingin jimatkan wang dari membeli topeng pakai buang, kamu boleh buat topeng muka guna semula dengan cebisan kain perca yang ada di rumah. Dengan membuat sendiri topeng muka guna semula, kamu boleh membuat berapa banyak topeng muka mengikut kegunaan harian.
Malah bahan untuk membuat topeng muka boleh guna sangat mudah didapati. Jadi buat sendiri je topeng muka guna semula dan jangan lupa sentiasa cuci topeng muka guna pakai tau, jangan pakai tapi malas basuh!
Rujukan: 1,