Baru-baru ini NHK News daripada Jepun telah melakukan eksperimen sambil di pantau selia dengan pakar untuk melihat bagaimana virus merebak dan menjangkiti manusia.
Eksperimen yang dilakukan ini menggunakan contoh tempat di restoran bagaimana jangkitan virus boleh berlaku kepada manusia.
Berdasarkan paparan video berdurasi 35 saat itu, para pekerja NHK News dijangkiti dengan virus dan kuman sekelip mata meski dah pakai hand sanitizer.
クルーズ船で感染拡大を招いたとされる接触感染がどのようにして起きるのか、NHKが専門家と共同で実験を行ったところ、ウイルスに見立てた塗料は多数の人が触るものを介して広がることが確認されました。https://t.co/exeyyRXQiD pic.twitter.com/NCHGyJyXRw
— NHKニュース (@nhk_news) May 8, 2020
Melihat eksperimen yang dilakukan oleh warga NHK News bersama pakar ini membuktikan betapa mudahnya virus merebak dan ia berada di merata-rata tempat seperti di muka, tangan, baju, pinggan, sudu, cawan hatta tisu sekalipun tidak ketinggalan
Oleh itu, tidak hairanlah bagaimana virus berbahaya boleh menular dengan sekelip mata tanpa had, kerana sentuhan sahaja.
Eksperimen yang dilakukan oleh NHK News dengan menggunakan lampu malam untuk mengesan penyebaran virus, membuatkan ramai orang terkejut betapa banyaknya virus dan kuman berada pada tubuh dan barangan yang di sentuh.
Jadikan eksperimen yang dilakukan oleh NHK News Jepun ini sebagai peringatan buat kita semua agar tidak memandang ringan tentang penjagaan kebersihan diri dan persekitaran.
Serta ikuti amalan penjagaan kebersihan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak kira di mana jua kita semua berada.