8 Gelagat Haiwan Di Lost World Of Tambun Mencuit Hati Ketika PKP

Jangan sangka manusia saja yang bosan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, haiwan-haiwan juga tidak terkecuali!

IKLAN

Terhibur melihat telatah haiwan-haiwan di Lost World Of Tambun ni, pelbagai gaya dan ragam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikongsikan di laman sosial media Lost World Of Tambun seperti di Instagram dan Facebook.

Jom lihat telatah haiwan-haiwan comel ni sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada bulan Mac lalu di bawah.

Foto – Lost World Of Tambun (Bukan main lagi pak belang bersantai ye)
Foto – Lost World Of Tambun (Mana makanan oi, lapar sangat ni)
Foto – Lost World Of Tambun (Haish bilalah PKP nak habis ni, tak ada orang datang tengok kita)
Foto – Arkib Wanista (Kawan-kawan mana korang ni)
Foto – Lost World Of Tambun (Haish, panas betullah, terpaksa kipas diri sendiri)
Foto – Arkib Wanista (Bulan puasa ni, tak laratlah nak bergerak)
Foto – Lost World Of Tambun (Moh le kita temenung mengenang nasib kat Lost World Of Tambun ni)

Hah, bukan main lagi gelagat haiwan-haiwan di Lost World Of Tambun masa Perintah Kawalan Pergerakan ni, bukan biasa-biasa mood mereka ketika di kandang. Ada lagi satu, ni memang lain dari lain tak percaya tengok di bawah.

Siapa-siapa yang stress masa Perintah Kawalan Pergerakan ni, comfirm hilang rasa tertekan tu bila tengok gelagat-gelagat haiwan-haiwan di Lost World Of Tambun ni.

Selepas melihat haiwan-haiwan comel ni pastinya ramai yang ingin pergi ke taman tema Lost World Of Tambun bersama keluarga selepas kita semua pulih dari ancaman Covid-19 ini nanti.

Bagi yang merindungi taman tema air Lost World Of Tambun, lawati akaun Instagram dan Facebook mereka untuk melihat lebih banyak gelagat haiwan-haiwan dan permainan taman tema sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Gelagat Haiwan LWOTLost World of Tambun IpohPerintah Kawalan PergerakanPKPSunwaySunway Lost World of TambunTelatah Haiwan Masa PKP
Recommended