Mungkin sekarang ramai yang tidak mengenali aktres Hong Kong ini. Tapi percayalah sebelum kedatangan Korea, hiburan Hong Kong, Taiwan, China malah Jepun memang jadi fenomena dekat Malaysia.
Salah satunya aktres legend Maggie Cheung yang namanya memang hebat dalam industri hiburan, seiring Andy Lau, Tony Leung, Jet Li, Gong Li, serta Jackie Chan.
Kini, Maggie Cheung kembali tular selepas penampilan barunya berlegar di media sosial. Rata-rata netizen seakan tidak percaya dengan perkembangan Maggie yang kelihatan lebih tua dengan muka cengkung dan kurus kering menjadi pertanyaan ramai. Tidak seperti Maggie yang biasa, yang awet muda malah sentiasa fresh.
Gambar screenshot Maggie dalam sebuah rancangan variety China baru-baru ini banyak diperkatakan netizen. Ada yang mengatakan Maggie Cheung yang berusia 55 tahun itu kelihatan seperti orang tua usia 70 tahun, tidak seperti penampilan glamornya sebelum ini.
Walaupun begitu, ada juga beberapa netizen membela aktres hebat ini dengan menyatakan kualiti gambar yang dikongsi buruk kerana sudut kamera dan pencahayaan dalam kereta tersebut (Maggie berada dalam kereta ketika itu), malah Maggie juga kelihatan seperti ‘not in a good mood’ ketika wawancara berlangsung.
Macam-macam hal.