Kemunculan pandemik Covid-19 dikaitkan dengan pemakanan makanan eksotik seperti kelawar, ular dan tenggiling, serta pelbagai lagi dijual di pasar basah di Wuhan.
Baca : Betul Ke Coronavirus Berpunca Dari Pasar Basah Wuhan?
Walaupun masih dalam kajian, tapi jangan terkejut kerana di dunia terdapat banyak makanan pelik lagi eksotik yang siapa sangka kita makan.
Di bawah antara makanan paling bahaya.
1. Ikan Buntal
Masyarakat Jepun gemar makan ikan bunal walaupun mengetahui ia salah satu makanan paling beracun di dunia. Jadi kenapa mereka masih boleh makan? Ini kerana racun di dalam badannya ini boleh dibuang.
Jika tukang masak gagal membuangnya dengan baik, ia dikatakan 1,200 kali ganda lebih berbahaya berbanding sianida.
2. Kerang Darah
Tahukah ada orang kita makan kerang darah. Mungkin ramai yang kata tidak salah untuk memakan makanan berdarah. Pun begitu, ia adalah satu kesilapan kerana darah yang terdapat dalam haiwan laut ini pernah menjadi punca penularan Hepatitis A dan E.
3. Cendawan
Apa salah cendawan pula? Terdapat banyak jenis cendawan dan ada antaranya selamat untuk dimakan dan ada yang tidak dan boleh membawa maut.
Antara jenis cendawan yang anda wajib berhati-hati adalah Death Cap, Destroying Angels and Deadly Webcap yang mempunyai racun. Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak membeli dan memakan cendawan yang tidak berlabel.
4. Keju Busuk
Alahai, tengok pun takut apatah lagi nak makan. Dicipta dari susu kambing biri-biri dan dibiarkan terdedah kepada lalat. Lalat ini kemudiannya akan bertelur dan meninggalkan larvanya di situ. Inilah punca kewujudan ulat kecil tersebut.
Kesan memakan keju busuk yang bernama ‘casu marzu’ini adalah sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta kematian jika gagal dirawat segera.
5. Sotong Kurita
Kebanyakan orang di Korea makan makanan eksotik yang satu ini. Bernama ‘san nak ji’ merupakan kaki bayi sotong kurita.
Sotong kurita ini bukanlah berbahaya kerana ia beracun atau berdakwat. Sebaliknya, kaki bayi sotong kurita ini boleh melekat pada tekak atau kerongkong pemakannya. Kesannya, ia akan mengakibatkan sesak nafas serta kematian jika lambat dirawat.
6. Sosej
Kenapa sosej merbahaya? Tahukah sosej adalah sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Menurut kajian yang dijalankan oleh John Hopkins Medicine, sosej adalah penyebab utama dalam kes kecederaan akibat tercekik makanan bagi kanak-kanak berusia bawah 3 tahun!
Harap selepas ini semua orang lebih menjaga hygiene dan tidak mengamalkan pemakanan sebegini agar kita semua sihat sejahtera.