Jatuh cinta pandang pertama? Mahu si dia jadi teman lelaki kamu? Tapi persoalannya adakah si dia betul-betul calon yang sesuai untuk menjadi teman lelaki kamu?
Siapa yang tidak mahu bercinta dan memiliki pasangan, tetapi adakah lelaki yang kamu cintai itu merupakan teman lelaki yang terbaik. Untuk mengetahui si dia layak atau tidak menjadi teman lelaki impian, jom semak lapan tanda di bawah!
#1 Tidak Mempunyai Masa Untuk Kamu
Dalam di alam perhubungan, pastinya rasa untuk bersua bersama cinta hati setiap hari terbit di dalam hati. Tetapi jika si dia sentiasa sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama kamu, jadi apa gunanya perhubungan yang dijalinkan ketika ini.
Sudah tentu kamu sendiri akan merasakan si dia tidak serius dan sengaja tidak meluangkan masa untuk diri kamu. Oleh itu, jika tanda seperti si dia tidak mempunyai masa untuk diluangkan untuk kamu, mungkin kamu harus menilai semula hubungan kamu dan si dia.
#2 Tidak Komitmen Dalam Hubungan
Tidak komitmen dalam perhubungan, si dia lebih gemar fokus pada hal sendiri dan ada kalanya menggunakan duit kamu untuk membelanja barang dirinya sendiri. Jika lelaki seperti ini sudah mula tunjukan tanda-tanda seperti ini, sebaiknya fikirlah empat lima kali sama ada untuk meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya.
Lelaki yang menganggap diri kamu sebagai mesin ATM dan tidak mahu komitmen dalam hubungan adalah lelaki yang tak layak menjadi teman lelaki kamu!
#3 Tak Minat Dengan Topik Serius
Sering kali kamu cuba mengajak untuk berbual mengenai hal serius seperti menyentuh soal perkahwinan, berjumpa ibubapa dan soal masa depan, ada saja alasanya untuk mengelak dan tidak mahu menyentuh tentang topik-topik seperti itu.
Jika si dia menunjukan tanda-tanda seperti ini, mungkin kamu harus berfikir semula calon teman lelaki jika ingin membawa hubungan ke jinjang pelamin.
#4 Tidak Mengambil Berat Kamu
Si dia sering mengambil berat diri kamu secara sambil lewa dan acuh tidak acuh, perhatian yang kamu inginkan tidak diberikan kerana si dia sendiri tidak mahu mengambil berat tentang diri kamu. Jadi untuk apa hubungan yang sembil lewa seperti ini diteruskan lagi, jika sudah tiada rasa sayang dan perhatian betul tak?
#5 Tidak Suka Keluar Dating
Pernah tak tiap kali mengajak untuk keluar dating, ada saja alasan yang diberikan. Si dia merasakan lebih baik dating di rumah sahaja kerana boleh jimat duit dan tidak perlu membazir. Dalam hubungan kita perlu ada give and take, perlu invest untuk hubungan menjadi kuat dan matang.
Tetapi jika ini sikap si dia, baik kamu cari lelaki yang benar-benar menyayangi diri kamu dan tahu menghargai diri kamu dan tidak akan berkira jika hendak keluar dating!
#6 Suka Mungkir Janji & Banyak Alasan
Pernah tak kita dah bersemangat untuk keluar dating, siap mekap dan bertatarias untuk berjumpa dengan si dia, akhirnya menjadi musnah berkecai dek gara-gara alasan tidak munasabahnya. Sudahlah bagi tahu last minute, segala penat lelah bersiap membuatkan hati semakin kecewa dengan sikap si dia.
Jadi haruskah kamu pertahankan sikap si dia yang berulang-ulang kali melakukan hal yang sama seperti ini? Jawapannya ada dalam diri kamu sendiri!
#7 Tak ‘Declare’ Perhubungan
Dah berkawan terlalu lama, apa bak kata orang ‘teman tapi mesra’ tapi tiada tanda si dia ingin rasmikan hubungan kamu berdua, lebih baik kamu jangan menaruh harapan lagi pada si dia.
Sikap seperti ini dalam mana-mana fasa hubungan, akan membuatkan diri kita sahaja yang berharap manakala si dia tidak ambil serius dalam hubungan kamu dan dia.
#8 Impikan Masa Depan Yang Berbeza
Ini yang paling tragik, pabila kamu telah berangan-angan untuk membina rumahtangga di masa akan datang, tetapi si dia tidak mempunyai hala tuju yang sama. Impian sama depan yang berbeza seperti ini akan membuatkan hubungan tidak akan kekal.
Jadi calon yang harus kamu pilih adalah, individu yang ingin mendirikan rumahtangga dan berkeluarga dengan kamu sehingga hari tua. Dan bukannya hanya ingin bersama yang tiada siapa tahu di mana tamatnya.