Kulit Berminyak Patut Cuba Face Mask Dari Buah, Berkesan Tau!

Siapa yang tidak ingin tampil cantik dan menarik? Untuk itu banyak perkara yang harus diperhatikan oleh wanita, salah satunya adalah kulit wajah. Untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat dan sedap dipandang, ada baiknya jika kita memanfaatkan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan.

IKLAN

Baca : Sumpah Berkesan! Ni Alasan Kamu Kena Lakukan Skrub Tomato Sekarang

Selain boleh dimakan, manfaat dari buah juga boleh didapati dengan cara lain iaitu dijadikan face mask. Buah-buah ini dikatakan berkesan sekaligus mampu untuk mengatasi kulit berminyak dan menghasilkan kulit yang sihat.

Pisang

Pisang mengandungi Vitamin A, B dan E yang bermanfaat untuk mencegah penuaan awal. Cara membuat mask muka dari pisang adalah dengan cara lenyekkan pisang, lalu aplikasikan pada wajah dan leher selama 15-20 minit.

Foto – Yoni Love

Jika anda berjerawat, anda boleh menambah madu di dalamnya – madu campur dengan pisang yang dilenyek sesuai untuk masalah muka berjerawat.

Lemon

Lemon mengandungi Vitamin C yang dapat membuat kulit anda lebih cerah dan mengurangkan noda bekas jerawat. Cara membuat mask muka dari lemon adalah dengan mengambil kulit lemon dihancur nipis, kemudian tambah madu, lalu aplikasikan ke wajah dan leher anda.

Foto – Hello Nutritarian

Untuk hasil yang maksimum, cuba dengan meminum air lemon hangat yang ditambah madu untuk membersihkan kulit dari dalam.

Epal

Epal mengandungi banyak antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel-sel kulit. Selain itu, epal juga mengandungi elastin dan kolagen. Kedua zat tersebut dapat membuat kulit kekal muda.

Foto – Judaism

Kisar epal dan campurkan dengan madu serta air mawar, lalu aplikasikan pada wajah anda. Kulit anda akan nampak semakin cerah dan tampak muda.

Betik

Sama seperti epal, betik juga mengandungi antioksidan yang bermanfaat untuk mencegah penuaan kulit. Betik juga mengandungi bahan yang  yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuat kulit semakin cerah.

IKLAN
Foto – Oceans & Potions

Caranya iaitu dengan lenyek betik kemudian aplikasikan pada kulit wajah dan leher anda.

Tips :

Masa diperuntukkan masa muka tak tentu, bila rasa dah kering boleh cuci dengan air. Jangan guna air sejuk dan jangan pula air panas, sebaiknya yang suam-suam suku.

Jika nak mudah, rangkaian produk Freeman yang mempunyai pelbagai jenis mask mengikut masalah juga diakui bagus dan keberkesanannya.

Sebahagian rangkaian mask Freeman. Foto – Poshmark

Selamat Beramal!

diy face maskface maskface mask buahface mask buat sendiriface mask kulit berminyakjenis face maskkulit berminyak
Recommended