Makin lama makin kreatif orang kita. Mentang-mentang sekarang punya banyak masa terluang, pelbagai resepi yang tercipta. Penulis tumpang seronok bila melihat pelbagai resepi lama dan baru dikongsi.
Baiklah, penulis nak tanya buka nanti makan apa? Kalau rasa nak makan dessert, ada satu resepi best, sedap dan mudah boleh korang cuba.
Pernah dengar Puding Pisang Bersos Kastard? Pisang digoreng dan disimbahi dengan sos kastard. Nampak menyelerakan, dan yang syok tak menggunakan banyak bahan.
Bahan-bahan:
- Sos kastard*
- 1 tin susu cair*
- 1/2 tin air*
- 1 biji kuning telur*
- 2 Sb tepung kastard*
- 2 Sb gula pasir*
- Sehelai daun pandan disimpul
- Pisang nangka digoreng dengan sedikit planta
Cara membuatnya:
1. Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat.
2. Dah masak, masukkan dalam peti ais. Bila nak masuk, tunggu dulu biar suam terlebih dahulu.
3. Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring.
4. Tuangkan sos kastard tadi dan tabur sedikit kismis (bahan hiasan terpulang ikut selera).
Selamat Mencuba!