Apa yang istimewanya penjara di Belanda dari penjara di negara-negara lain ni? Sebenarnya penjara di Belanda terkenal sebagai penjara dengan kadar banduan tersikit dan terendah di dunia. Tetapi penjara mereka juga memiliki keunikan yang tersendiri dan tidak didapati di mana-mana penjara di negara lain.
Tak percaya, jom lihat lima fakta menarik tentang penjara Belanda ni!
Menjadi Pusat Pembelajaran & Perlindungan Gelandangan
Pada tahun 2016, kerajaan Belanda menutup beberapa penjara termasuklah penjara Bijlmerbajes di Amsterdam. Penjara Bijlmerbajes ini kemudian di musnahkan dan di bina menjadi sebuah hub transformasi yang kreatif di gelar Lola Lik.
Hub Lola Lik ini sekarang telah menjadi pusat pembelajaran, kedai-kedai dan juga pusat transit perlindungan bagi gelandangan di sekitar Amsterdam dan Wenckebachweg. Memang tak sangka penjara boleh jadi sebuah pusat yang hebat macam ni di Belanda respect!
Sebagai Pusat Terapi
Penjara di Belanda memberi rawatan terapi kepada banduan yang masuk penjara. Di dalam penjara banduan akan mengikuti program rehabiliti ini dapat membantu memberi kesedaran kepada banduan. Menariknya program terapi ini berjaya menunjukan hasil keputusan yang bagus dengan melihat perubahan positif pada banduan.
Banduan Dilayan Seperti Manusia Biasa
Tidak seperti penjara lain, banduan yang memasuki penjara di Belanda di layan seperti manusia biasa yang masih punya hak. Kalau di penjara negara lain, kebanyakan banduan mereka di hina dan di layan seperti haiwan ia kedengaran kejam tetapi itulah realiti sebenarnya.
Sistem di penjara Belanda mengamalkan konsep mengekang dan memahami daripada konsep menghukum dan menzalimi banduan.
Hukuman Jangka Pendek
Bukan itu saja, hukuman yang dijatuhkan ke atas banduan Belanda adalah dalam jangka masa pendek. Ini kerana bagi sistem kehamian Belanda, menarik kebebasan seseorang adalah sejenis hukuman juga. Oleh sebab itu, dengan hukuman dijatuhkan adalah singkat.
Penjara Boleh Disewa
Banyak penjara di Belanda telah di tutup, ada yang diubahsuai menjadi pusat-pusat pembelajaran dan transit. Tetapi ada yang lagi menarik dari semua ini, penjara Belanda yang kosong boleh di sewa bagi menempatkan banduan dari negara lain.
Seperti Norway, kerajaan mereka membuat keputusan untuk menyewa penjara di Belanda untuk menampung jumlah banduan yang ramai di negara mereka. Memang dahsyat penjara di Belanda ni, sampai boleh disewakan!
Almaklum jumlah banduan tak banyak, jadi daripada ruang penjara tidak digunakan baik disewakan pada yang memerlukan, betul tak?