5 Cara Serum Vitamin C Bantu Rawat Muka Jadi Bertambah Baik

Kebaikan Vitamin C tidak perlu dipertikaikan.

IKLAN

Anda memakannya, minum, melainkan anda mempunyai alergi, jadi anda aplikasi ke muka. Bayangkan dari jerawat ke perubahan tona kulit, vitamin C berjaya melakukan magiknya. Apatah lagi jika dijadikan rutin skincare, vitamin C mampu merawat muka kamu menjadi bertambah baik malah impian mendapatkan ‘clear skin’ juga boleh.

Ini kebaikan kamu peroleh bila memasukkan serum vitamin C dalam rutin.

Bantu rawat jerawat

Foto – © gingernutmeg / Reddit

Oleh kerana vitamin C sangat berasid, apabila digunakan secara langsung ke kulit, ia akan mencetuskan pengeluaran kolagen dan elastin. Sekaligus dapat menyelesaikan pelbagai masalah pada kulit, walaupun untuk jerawat yang ekstrem.

Mengurangkan kesan penuaan

Foto – © Mee / Amazon.com

Bila usia makin bertambah, jumlah kolagen makin berkurang. Jadi dengan menggabungkan serum vitamin C ke dalam rutin penjagaan kulit harian, hasil yang lebih baik akan anda dapat dalam jangka panjang. Jadi cepat mulakan sekarang.

Merawat perubahan warna

Foto – © Heather C. / Amazon.com

Vitamin C dikenali kerana menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi. Ia juga berkesan untuk merawat lingkaran gelap bawah mata jika digunakan dengan kerap, dan perubahan tona kulit kepada yang lebih sihat.

Menghidrat kulit

Foto – © Susanne C. / Amazon.com

Kulit anda hilang kelembapan setiap hari. Dan penemuan menunjukkan bahawa magnesium ascorbyl phosphate dalam vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan pada kulit anda. Untuk dapatkan kesan maksimum, minum air yang cukup setiap hari untuk membantu menjaga kulit kekal cantik!

Menghalang kesan sinar UV

Foto – © Book Reviews / Amazon.com

Sama seperti diet kaya dengan antioksidan yang melawan radikal bebas untuk sistem imun anda, vitamin C melakukan perkara yang sama untuk kulit anda. Ia mudah diserap oleh kulit dan menghalang kesan buruk cahaya UV dan udara tercemar.

Walaupun vitamin C menjanjikan banyak kebaikan, tapi perlu diingat… anda sama sekali tidak boleh mencampurkan vitamin C dengan empat ini – AHA/BHA, Niacinamade, Benzoyl Peroxide, Kolagen.

Kenapa, baca di sini – Awas! Jangan Campur Vitamin C Dengan 4 Bahan Ini

IKLAN
Foto – Oprah Magazine

Walaupun alergi terhadap vitamin C jarang berlaku, anda disyorkan untuk mengujinya terlebih dahulu dengan apply sejumlah kecil ke bahagian tubuh anda dan perhatikan selama 24 jam.

Untuk manfaat yang lebih banyak, sertakan vitamin C dalam diet anda –  maksudnya ambil makanan dari sumber vitamin C seperti buah-buahan dan sayuran. Lagi satu, sebaiknya apply sebarang serum sebelum pelembap untuk hasil terbaik.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

cara pakai vitamin ckebaikan serum vitamin cserum vitamin cvitamin cvitamin c rawat mukavitamin c untuk muka