5 Produk Baru Dari Sephora Serius Best, Mesti Miliki!

Siapa kaki shopping, pasti korang akan cari produk-produk yang korang selalu dan wajib ada dalam simpanan bukan? Begitu juga dengan Wanista, bagi Wanista kalau tak ada barang-barang ni rasa tak ada life!

IKLAN

Hah sampai gitu sekali, tapi Wanista yakin korang pun ada juga produk-produk yang korang rasa wajib ada dan kena beli kalau tak rasa tak perfect je betul tak?

Bagi Wanista kalau singgah ke Sephora, ni lah produk-produk yang Wanista akan serbu dan cari dulu. Nak tahu apa produk tersebut dan kenapa Wanista suka sangat, korang kena baca artikel ni sampai habis, okay!

# 1 Tarte – Shape Tape™ Glow Wand [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Ni bukan concealer biasa-biasa tau, sebab dengan concealer ni saja korang boleh guna untuk lima jenis cara yang boleh buat wajah menjadi glowing macam magik! Tambahan lagi, concealer ni juga dapat membantu menaikkan seri wajah dan menjadikan wajah lembut serta halus.

Kandung Paling Best:

  • Concealer ini mengandungi extrak bunga porcelain yang boleh memberi kesan untuk melembutkan dan membuatkan kulit bersinar.
  • Selain itu, mango seed butter juga digunakan di dalam concealer ini untuk melembapkan dan melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Shea butter dan extrak akar licorice juga terkandung di dalam bagi melembapkan kulit, mencerahkan dan membetulkan semula warna kulit.

#2 Tatcha – The Liquid Silk Canvas [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Wanista cukup jeles tengok muka wanita geisha Jepun, gebu, halus mulus, dan lembut bak sutera. Tapi sekarang Wanista dah tak jeles sebab apa, mereka menggunakan krim The Liquid Silk Canvas ni setiap hari! Krim primer yang sangat ringan ini akan menjadikan kulit selembut dan selicin sutera!

Kandungan Paling Best:

  • Krim primer ini menggunakan serbuk sutera yang dapat memberi kesan pada liang pori dan kedutan di wajah dengan lancar. Sekaligus ia juga dapat membuatkan pemakaian mekap menjadi lancar dan tahan lama dengan menyerap lebihan minyak di wajah.
  • Selain itu, primer ini juga mengandungi alga Okinama Mozuku yang merupakan khazanah di pulau tropika di Jepun yang kaya dengan polysaccharides yang bagus untuk mengekalkan kandungan air dalam kulit wajah.
  • Bukan itu saja, primer ini juga menggunakan teh hijau Uji yang merupakan antara teh terbaik di Jepun yang kaya dengan anti-oksidan dan mampu mengekang tanda-tanda penuaan.

#3 Sephora Collection – Feline Instinct Wild Nude Edition [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Palet pembayang mata edisi wild nude ini memberikan gambaran warna seperti kucing gitu! 12 warna-warna yang ditampilkan ini akan memberikan rupa paras kelihatan mengancam bak kucing, memang lain dari yang lain palet keluaran koleksi Sephora yang ini.

Kandungan Paling Best:

IKLAN
  • Palet ini mengandungi calcium aluminum borosilicate yang mana ianya sumber agen yang mengandungi calcium, aluminum dan silika daripada mineral boron yang selamat digunakan di dalam produk kosmetik.

#4 Biossance – Rose Vegan Lip Balm

Foto – Arkib Wanista

Rahsia bibir kekal lembap, gebu, dan menyerlah adalah dengan menggunakan balm bibir ros vegan! Balm ini akan membuatkan bibir menjadi cantik dan plump dalam masa 14 hari saja. Tambahan lagi, balm bibir ini juga 100% bebas daripada petroleum jadi korang tak perlu risau dengan sumber yang digunakan.

Kandungan Paling Best:

  • Balm bibir ini menggunakan asid hyaluronik yang dapat membuatkan bibir menjadi plump, lembut dan gebu.
  • Selain itu, balm ini juga menggunakan ceramides yang dapat membantu melindungi dan mengunci lapisan pelindung bibir agar terus kekal lembap sepanjang masa.
  • Bukan itu saja. ia juga mengandungi alga Wakame merupakan kunci utama bagi membuatkan bibir menjadi plump dalam tempoh 14 hari.
  • Dan patented sugarcane squalane juga merupakan salah satu sumber utama yang membuatkan bibir terus kekal lembap sepanjang masa. Jadi tak perlu risau lagi dengan masalah bibir kering!

#5 IGK – 1800 Hold Me [Beli]

Foto – Arkib Wanista

Spray rambut terbaru dari IGK ni nampak best tambahan pula dengan perlindungan haba sebanyak 450 darjah. Jadi lepas ni tak perlu risau lagi tentang rambut kusut dan susah nak stail, dengan spray rambut 1800 Hold Me ni pun dah cukup!

Kandungan Paling Best:

  • Spray rambut ini kaya dengan kandungan minyak avokado yang boleh membuatkan rambut menjadi fleksibel dan dalam masa yang sama bersinar serta tidak mudah melekat.
  • Selain itu, ia juga mengandungi micro-light reflectors yang juga memberi kesan yang sama seperti minyak avokado. Ia boleh membuatkan rambut kekal bersinar dan fleksibel.
  • Tambahan lagi, spray ini juga diperbuat dari sumber bahan-bahan semula jadi (vegan) dan bebas gluten, parabens, petroleum dan minyak mineral.

Ini antara produk-produk yang Wanista kena ada dalam beg, lagi pun bukan susah nak cari produk-produk ni semuanya ada di Sephora. Bagi yang nak cari produk-produk eksklusif di Sephora, masa ni lah yang paling best sebab banyak produk kosmetik baru-baru dah masuk dalam Sephora.

Tak percaya layari laman sesawang Sephora sekarang!

Selamat membeli-belah

Apa Yang Baru Di SephoraJenama terbaik Di Sephoraproduk di sephoraProduk Mekap Paling Bestsephorasephora malaysia