Filem yang dinantikan semua sekuel Train To Busan “Peninsula” telah mengeluarkan trailer.
Tidak lagi menampilkan Ma Dong-seok, Gong Yoo dan Jung Yu Mi, “Peninsula” dibarisi muka baru seperti Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan dan pelakon kanak-kanak Lee Rae serta Kwon Hae Hyo.
Latar masa bahagian dua akan berlaku empat tahun selepas peristiwa filem pertama. Plot akan berkisar di semenanjung Korea yang tidak boleh didiami selepas zombi menguasai tempat. Dengan beberapa manusia yang selamat, mereka berjuang untuk meneruskan kehidupan dengan harapan dapat diselamatkan.
Trailer yang berdurasi lebih 1 minit menyaksikan kelompok manusia yang terselamat dari wabak zombi dalam usaha menyelamatkan diri masing-masing. Dikelilingi bangunan terbiar dan lama, kenderaan, darah, mayat serta kemunculan zombi, trailer kelihatan cukup gempak dan penuh dengan aksi mencabar antara manusia dan zombi.
Dilaporkan “Peninsula” bakal berada di pawagam pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.