Produk Tatcha Rahsia Glow Meghan Markle, Dah Ada Jual Di Sephora!

Bila menggunakan skincare, kesan glow dan bersih bebas cela merupakan idaman setiap wanita. Tanyalah sesiapa saahaja, pasti itu jawapan mereka. Ada ke yang tak peduli tentang soal penjagaan wajah?

IKLAN

Kebanyakan wanita memuja kecantikan Meghan Markle. Stail mekap ‘no-makeup look’ yang diketengahkan Meghan mendapat perhatian wanita seluruh dunia. Bayangkan wanita ini dengan bangga mengenakan stail mekap ini di hari bahagianya – dengan feature idaman seperti freckles yang tidak disorok, mekap asas yang serba ringkas, hanya highlight pada solekan mata yang dramatik dan bibir dikenakan gincu nude. Ringkas tapi nampak glow dan berseri-seri.

Foto – Hip & Healthy

Baca : Kenapa Solekan “No-Makeup Look” Terbaik Untuk Majlis Kahwin

Tahukah, go-to brand pilihan si cantik manis ini ialah produk kecantikan kelahiran Jepun bernama Tatcha. Dan dalam banyak-banyak, Meghan paling suka menggunakan Tatcha Rice Enzynme Powder.

Tatcha Rice Enzynme Powder

Foto – Arkib Wanista

Apa istimewanya Tatcha Rice Powder? Merupakan produk berasaskan air jenis exfloliant yang mengetengahkan bahan-bahan superfood seperti teh hijau, beras dan algae yang memberikan rupa paras yang bersih dan segar, serta sihat dan muda, serta meninggalkan kulit yang licin, bersinar dan lembut seperti bayi. Senang cerita ada effect ‘toink-toink’ bila ada picit pipi sendiri.

Tatcha The Liquid Silk Canvas

Sebelum nak memulakan mekap, pakaikan dulu primer Tatcha The Liquid Silk Canvas. Lapisan lembut yang bertekstur velvety matte membantu mekap kekal sepanjang hari dan melindungi kulit sebaiknya.

Foto – Arkib Wanista

Yang best bukan hanya Meghan Markle, malah wanita Geisha juga mengakui kehebatan primer Tatcha ini. Dirumuskan dengan tiga tiga ekstrak sutera – Fibroin, Sericin dan Silk Powder – yang melindungi kulit dari pencemaran dan kotoran mekap, menyuburkan kulit dan mengurangkan liang tersumbat, dan membantu mekap kekal sekata (tidak cakey).

Tatcha The Kissu Lip Mask

Dibuat dari buah-buahan segar dan botani sejak zaman Edo di Jepun. Esktrak peach, diambil secara eksklusif dari buah Japanese White Peach, digabungkan bersama formula squalane, minyak camellia (tsubaki abura), Three-Rose Extract (Bara) dan Hadasei-3 untuk memulihkan kelembapan bibir kering.

Formula jeli pula untuk menghidrat dan meninggalkan bibir licin, berisi dan merah semula jadi. Boleh digunakan sepanjang hari atau semalaman sebagai rawatan pemulihan.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Sekarang dah dah tahu rahsia Meghan, korang boleh dapatkan di Sephora seluruh negara dan juga secara atas talian.

Selamat Beramal!

produk sephorasephorasephora malaysiasephora tatchaskincare tatchatatchatatcha meghan markle