Bila hari-hari melalui hari yang sama, confirm akan rasa kesunyian dan kesepian.
Baca : Makin Ramai Orang Murung Sebab PKP, 6 Cara Boleh Buat Diri Happy
Jadi inilah masanya untuk muhasabah diri dengan mendekatkan diri pada mendekatkan diri pada Allah SWT dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.
Melalui kempen #MusaadahCovid19 yang dilhamkan sendiri oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), stesen TV AlHijrah akan menyiarkan siaran langsung rancangan #QuranTime dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Warisan Ummah Ikhlas.
Menerusi siaran satu jam #QuranTime, penonton seisi keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik, huffaz dan ramai lagi.
Nikmat berdua-duaan dengan kitab suci Al-Quran bukan selalu dapat dinikmati oleh semua umat Islam. TV AlHijrah menjadikan #QuranTime sebagai penenang jiwa yang mampu menenangkan, mendidik dan memberi kekuatan dalaman kepada seluruh umat Islam Malaysia dalam menghadapi ujian Allah yang sangat besar ini.
Jadi jangan lupa untuk terus bersama #QuranTime setiap hari selama satu jam bermula 12pm hanya di TV AlHijrah, TV Kita Untuk Semua.