Duduk Rumah Pun Kena Cantik, Jom Jaga Muka Cara K-Beauty

Memandangkan perintah kawalan pergerakan akan diteruskan sehingga 12 Mei 2020, makinlah setiap wanita tidak menjaga penampilan.

IKLAN

Satu hari memakai kaftan, rambut tidak didandan, muka tidak dipakai moisturizer dan sunblock, comot selekeh langsung tak berseri.

Janga ya, penampilan sangatlah penting. Lagi pula sekarang rata-rata bekerja dari rumah. Mungkin tiba-tiba ada video conference call, kamu nak meeting dengan pakai kaftan dan balut sahaja kepala dengan tuala, muka pula lesu dan pucat, langsung tiada glow? Mesti tak nak kan…

Mengekalkan penjagaan kulit dan penampilan peribadi dengan baik boleh menjadi mudah dengan cara K-beauty yang dibawakan oleh Laneige.

Beri warna pada bibir dengan Laneige Layering Lip Bar

Foto – Arkib Wanista

Sebelum turut serta dalam video conference call, calitkan bibir kamu yang molek itu dengan Laneige Layering Lip Bar. Tidak hanya memberi warna malah kelembapan berpanjangan juga. Terdapat dalam enam pilihan warna, lip bar ini bikin rupa paras kamu makin berseri.

Lembapkan muka dengan Laneige Water Bank Hydro/Moisture Essence

Bila seharian di rumah dengan penyaman udara, ia boleh menarik kelembapan kulit dan menyebabkan dehidrasi. Untuk menjaga kulit, gunakan Laneige Water Bank Hydro/Moisture Essence untuk memulihkan keseimbangan dan penghidratan kulit.

Foto – Arkib Wanista

Produk ini diperkaya dengan Green Mineral Water untuk segera memberi kelembapan dan serta kandungan mineral semulajadi membantu pertumbuhan semula kulit.

Elak bintik hitam dengan Radian-C Cream

Teknologi merupakan sumber dan peneman utama ketika tempoh kawalan pergerakan. Jadi kamu terdedah kepada cahaya biru yang tidak dinging atau UV Rays yang berpunca dari pendedahan berterusan dari skrin komputer riba atau telefon pintar yang boleh menyebabkan bintik-bintik gelap pada muka.

Foto – Arkib Wanista

Laneige memperkenalkan Radian-C Cream yang mengandungi hypoallergenic vitamin cream. Krim vitamin ini  bertujuan untuk meningkatkan penghalang kulit sebanyak 67% dalam masa sejam, ia dibuat daripada Super Blend Technology™, yang disuntik dengan bahan derivatif vitamin C 8.5% (EA).

Malam manjakan diri dengan Laneige Cica Sleeping Mask/Lip Sleeping Mask

Selepas seharian bekerja keras dengan kerja pejabat dan kerja rumah, sudah tiba masanya untuk kamu manjakan diri dan rehat secukupnya.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Sebelum tidur, guna Laneige Cica Sleeping Mask, topeng tidur yang membantu meningkatkan kekuatan semula jadi kulit dengan mencipta kulit yang sihat dan bersih. Seterusnya, gunakan Lip Sleeping Mask untuk membantu mengangkat sel-sel kulit mati, menjadikannya lembap dan lembut pada keesokan harinya.

Nak kekal cantik dan penampilan terjaga, dapatkan produk-produk ini di Zalora, Hermo, Shopee, Lazada dan Go Shop TV.

Selamat Beramal!

cara jaga mukajaga muka cara k-beautyk-beautyproduk koreaSkincare Koreatips duduk rumahtips jaga muka