Benci dengan blackhead yang duduk megah di hidung membuatkan diri rasa tidak berkeyakinan, sebut saja produk-produk mahal dan murah di pasaran semuanya telah di cuba. Tetapi blackhead ini tetap saja muncul di hidung!
Sudahlah begitu blackhead ini semakin banyak membuat penempatan haram di hidung, jadi apa yang menyebabkan blackhead ini jadi lebih banyak di hidung? Ini beberapa sebab mengapa blackhead lebih gemar dan banyak di hidung kamu.
#1 Hidung Antara Bahagian Yang Kerap Berminyak
Seperti yang kita semua tahu blackhead terhasil kerana minyak yang berlebihan yang dikenali sebagai sebum. Dan hidung merupakan salah satu anggota bahagian tubuh yang banyak menghasilkan minyak, jadi tidak hairanlah lambakan blackhead berlaku pada hidung.
#2 Liang Pori Lebih Mudah Terbuka Di Bahagian Hidung
Selain itu, hidung juga merupakan anggota yang mana liang pori mudah terbuka, dek kerana faktor cuaca yang panas di negara kita. Apabila liang pori terbuka, maka lebih mudah bendasing serta bakteria masuk lalu menyebabkan jerawat dan blackhead pada hidung!
#3 Kerap Makan Makanan Bergoreng, Masalah Juga!
Bukan itu saja, faktor makanan juga memainkan peranan penting. Jika kamu gemar memakan makananan yang bergoreng, ia juga akan menyebabkan lambakan blackhead pada muka, hidung dan badan! Oleh itu, gaya pemakanan sangat penting jika ingin mengurangkan blackhead degil ini.
#4 Hormon Tak Stabil Pun Bagi Kesan
Okay satu lagi, faktor hormon atau emosi tak stabil pun main peranan juga kerana kesan dari emosi yang tak sihat menyebabkan tubuh menghasilkan minyak atau sebum secara berlebihan. Apabila minyak terhasil secara berlebihan, mulalah liang pori di bahagian hidung tersumbat dan akhirnya menjadikan blackhead yang banyak. Oh stress!
Kenalpasti Cara Rawatan Dengan Betul!
Oleh itu, macam mana nak hilangkan atau kurangakan blackhead pada bahagian hidung ni? Ini beberapa kaedah yang boleh kamu gunakan bagi menghilangkan atau mengurangkan blackhead di hidung!
- Cuci muka dua kali sehari dan selepas membuat senaman harian
- Pakai ‘pore strips’
- Cuci muka dan hidung dengan scrub muka
- Amal gaya pemakanan sihat dan seimbang
- Rajin pakai topeng muka, agar kulit sentiasa lembut dan tidak kering
Kalau kamu ada banyak blackhead di hidung, ini adalah cara pencegahannya. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat.
Selamat beramal!