Gara-gara penularan virus Covid-19 yang semakin menjadi-jadi ini, kita semua berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri. Tiada siapa yang mahu jatuh sakit dalam masa sebegini, pastinya pelbagai ikhtiar telah dilakukan bagi menjaga kesihatan diri cuma ia seakan-akan tidak cukup bagi membendung diri dari jatuh sakit.
Mungkin 15 habit ini dapat membantu kamu untuk mencegah diri dari kerap jatuh sakit terutama dalam tempoh penularan Covid-19 yang semakin berleluasa ini.
#1 Minum Air Secukupnya
Untuk mengelakkan diri dari selalu jatuh sakit dan dijangkiti dengan bakteria, penting untuk diri kekal hidrat. Ini bermakna minum air dengan cukup merupakan senjata utama untuk tubuh kekal sihat. Bagaimana pula nak tahu jika diri kita telah minum air dengan cukup?
Caranya ambil kiraan berat badan, contohnya berat badan 60 kilogram kemudian bahagi kepada dua bermakna 30 kilogram bermakna kamu kena minum air sebanyak 1058.21 ounces sehari.
#2 Lakukan Senaman
Senaman juga merupakan aktiviti penting untuk meningkatkan kecerdasan diri dan stamina. Melalui senaman juga kamu juga dapat meningkatkan fungsi imun sistem diri dan sekaligus dapat menolak bakteria untuk keluar dari paru-paru kamu apabila tubuh badan aktif dan fungsi imun sistem beroperasi dengan aktif dan lancar.
#3 Tidur Dengan Cukup
Tidur merupakan kunci buat individu yang jarang jatuh sakit, ini adalah kerana dengan tidur yang mencukup tubuh dapat berehat secukupnya dan pulih dari sebarang keletihan seharian. Tambahan lagi, apabila tubuh mendapat rehat dan tidur yang mencukupi, sistem imun juga meningkat.
#4 Selalu Menjaga Kebersihan Barang
Menjaga kebersihan bukan sahaja pada diri sendiri, malah termasuklah barang-barang yang selalu digunakan seperti telefon bimbit, kunci, meja, kerusi, sofa dan sebagainya.
Ke semua barang-barang yang di sentuh dan di pegang haruslah sentiasa di bersihkan dan disinfaktan dengan pembasmi kuman agar diri tidak dijangkiti bakteria atau mana-mana virus.
#5 Ambil Suntikan Vaksin
Selain itu, salah satu sebab mengapa ada orang jarang jatuh sakit adalah kerana mereka telah mengambil suntikan vaksin supaya diri mereka tidak mudah terkena penyakit tersebut. Tambahan lagi, dengan mengambil suntikan vaksin ini, potensi untuk dijangkiti penyakit Influenza juga menurun.
#6 Kerap Cuci Tangan
Bakteria atau kuman ada di mana-mana saja ini termasuklah tangan kita, oleh sebab itu Kementerian Kesihatan menyarankan kita untuk kerap mencuci tangan.
Malah sejak di zaman sekolah tadika lagi, guru-guru kita telah mengajar agar mencuci tangan dengan betul dan tertib agar bakteria atau kuman yang melekat pada tangan hilang.
#7 Praktis Senaman Yoga Atau Bermeditasi
Aktiviti membuat senaman yoga atau bermeditasi ini sebenarnya dapat membantu untuk mendetox minda dan tubuh badan dari perkara-perkara negatif. Selain itu, setiap pergerakan yang dilakukan boleh merangsang thyroid dan sistem penghadaman diri.
Selain itu, apabila diri bebas dari aura negatif, sistem imun juga dapat meningkat naik dan mood diri juga menjadi positif.
#8 Minum Air Teh Hijau
Amalan meminum air teh hijau sejak dahulu kala lagi, telah menunjukan keberkesanannya dalam memberi antioksidan yang tinggi dan sekaligus dapat melawan penyakit di dalam tubuh. Teh hijau merupakan antara teh yang paling sihat di antara semua teh yang ada di dunia, jadi tak rugi minum air teh hijau!
#9 Ambil Vitamin Zinc
Pengambilan vitamin yang betul dapat meningkatkan sistem imun dan melancarkan fungsi sistem imun dengan baik. Dengan mengambil vitamin zinc, ia dapat menunrunkan simptom selesema dalam tempoh 24jam.
#10 Minum Air Panas
Kebaikan meminum air panas adalah ia dapat memberi kelegaan apabila diri jatuh sakit. Malah kajian juga mendapati dengan meminum air panas juga dapat melancarkan pengeluaran hingus hidung semasa selesema. Pakar juga menyarankan untuk minum air panas bersama lemon dan madu untuk meningkat kesihatan.
Lakukan 10 habit ini, Insya Allah kamu akan kurang jatuh sakit.
Selamat beramal!