Cantik Betul Rambut Kepuk-Kepuk Ameera Khan, Ini Cara Nak Buat…

Welcome Back Ameera Khan @littlemisskhan!

IKLAN

Sejak kembali ke dunia Instagram selepas lama menyepikan diri, gadis muda ini kelihatan makin cantik manis, lagi pula dengan rambut kerinting yang kepuk-kepuk. Serius cantik sangat!

Penulis cukup terpikat dengan rambut Ameera yang panjang, hitam berkilat, sihat, malah kepuk-kepuknya juga nampak elok sahaja.

Foto – Arkib Wanista

Cemburukan tengok rambut dia? Kalau anda nak tahu, stail rambut ini dipanggil ‘Mermaid Hair’. Walaupun stail ini selalu digayakan untuk rambut yang berwarna pastel, tapi apa sahaja warna juga boleh. Malah tidak terhad kepada rambut yang panjang semata, pendek juga boleh. Asalkan bukan potongan pixie.

Cara untuk kerintingkan rambut berombak ini juga ada caranya. Alat yang digunakan ialah Triple Flow Wave Iron!

Foto – Arkib Wanista

Cara nak menggunakan Triple Flow Wave Iron adalah seperti berikut;

1. Mula-mula cuci rambut seperti biasa.

2. Selepas itu, keringkan guna hair dryer, guna heat yang paling low/sejuk. Kesan rambut akan lagi cantik kalau keringkan guna hair dryer.

3. Semburkan hair tonic di kawasan kulit kepala. Tujuan untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Sambil-sambil boleh massage supaya kebaikan produk masuk ke dalam kulit kepala.

4. Apply minyak rambut yang kamu suka dari hujung rambut sampai atas. Letak sikit-sikit.

IKLAN

5. Sekarang boleh gunakan flow wave iron – mula dari atas sehingga ke bawah secara sedikit. Setiap clamping dibiarkan 5 hingga 7 saat sebelum dilepaskan. Ingat kalau lama, takut terbakar rambut.

6. Ulang proses yang sama sampai habis.

Stail rambut ini buat penampilan kamu nampak lagi comel, cantik menawan dan lain daripada biasa. Why not korang cuba?

Selamat Beramal!

Adik Neelofaadik neelofa ameera khanalatan rambutameera khanCara Kerintingkan Rambutfesyen ameera khaninstagram little miss khanrambut ameera khantriple wave iron
Recommended