Noor Hayati Kamarzaman atau lebih senang dipanggil Yatie merupakan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi.
Orangnya kecil molek, langsing tetapi siapa sangka sudah mempunyai dua orang anak perempuan remaja Noor Uzma Raisah dan Noor Aleya Baheerah.
Sekali pandang mereka umpama adik-beradik kerana si ibu muda ini nampak muda dan anak-anak pula cepat membesar. Bayangkan mereka boleh berkongsi baju antara satu sama lain, seronokkan hidup.
Selain miliki rupa paras menawan dengan kulit yang flawless (sumpah flawless sampai satu jeragat/pori tak ada), kakak kandung kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri juga tak kurang hebat dalam berfesyen.
Penulis antara pengikutnya di Instagram, sentiasa teruja melihat OOTD (outfit of the day) yang dikenakan oleh wanita 30-an ini. Semuanya nampak elok terletak di tubuh badan, walau adakala berlapis-lapis pakaian yang dipakainya tapi masih cantik dan tak over.
So far 8 di bawah pilihan Wanista.
#1 Blouse ruffled buat Yatie nampak macam remaja
#2 Trendy tau pouch bag disangkut di pinggang. Macam orang muda!
#3 Siapa kata muslimah tak boleh pakai pleated skirt, tengok cara Yatie..
#4 Yatie selalu memilih fesyen dari warna yang satu tone.
#5 Oversized baju nampak selesa dipadankan dengan seluar potongan lurus.
#6 Yatie suka pakai sneakers berbanding tumit tinggi, mungkin lagi selesa.
#7 Dah macam adik-beradik ye.
#8 Wow macam budak hipster.
Perasan tak muka Yatie Sendayu Tinggi ni saling tak tumpah macam Scha Alyahya.
Selamat Beramal!