Perasan tak sekarang nama Dalgona Coffee trending di media sosial. Memandangkan kebanyakan negara mengambil inisiatif kuarantin berikutan penularan Covid-19, rata-rata mengambil kesempatan membuat sendiri Dalgona Coffee yang laku keras di Korea Selatan. Bahkan Instagram juga penuh dengan orang ramai menyiarkan gambar menggunakan hashtag #DalgonaCoffee.
Hairankan? Apa yang sedap sangat dengan Dalgona Coffee?
Dalgona Coffee merangkumi kopi segera, gula, air panas, susu dan krim. Minuman ini memberi dua warna – coklat dan putih. Ia juga dikatakan menyerupai gula-gula cair sebelum ia mengeras. Kerana visualnya yang aesthetic telah menjadi hit di Instagram.
Cara Membuat
- Resepi memerlukan dua sudu serbuk kopi hitam segera, dua sudu gula dan dua sudu air panas.
- Kaca campuran sehingga konsisten dengan menggunakan sudu, pemukul atau electric hand mixer.
- Bila betul-betul dah sebati semua, topping diletakkan di atas susu, boleh tambah ais juga.
- Kacau dan nikmatinya!
Video
Sedapkan.. Lagi pula minum masa cuaca panas, memang syok.
Selamat Mencuba!