Kerajaan telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, merupakan tempoh 14 hari yang kritikal buat kita semua. Ramai yang kurang faham atau kurang jelas tentang tempoh 14 hari pada waktu ini.
Ekoran dengan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan ramai yang berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman dan sebagainya, tahukah kamu tindakan yang kamu lakukan itu boleh menyebabkan potensi untuk wabak maut ini menular dengan lebih pantas lagi.
Ini antara sebab penting mengapa tempoh 14 hari ini sangat kritikal buat kita semua.
Inkubasi 14 Hari, Tempoh Penentu Jangkitan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memilih tempoh inkubasi selama 14 hari bagi melihat seseorang itu bebas dari gelaja jangkitan. Meski terdapat data terbaru ada individu yang menunjukan ada yang menunjukan tanda jangkitan dalam tempoh 21 hari.
Tetapi rata-rata separuh dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh WHO menunjukan, individu yang dijangkiti akan menunjukan gejala tersebut dapat di lihat dalam tempoh 14 hari kuarantin dijalankan.
Menghentikan Kitaran Penularan Covid-19
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini pelbagai pihak seperti kerajaan, kementerian kesihatan dan pihak perubatan telah menyarakan agar kita semua duduk di rumah atau di mana tempat yang kita berada sekarang ini bagi mengurangkan potensi penularan wabak Covid-19.
Bukan itu saja, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini kerajaan dan pihak kementerian kesihatan berharap dapat menghentikan kitaran pembawakan Covid-19 dari satu tempat ke tempat yang lain.
Jika dalam tempoh 14 hari tempoh kawalan ini ada yang keluar berjalan ke tempat-tempat lain, berkemungkinan selepas tempoh perintah kawalan pergerakan ini tamat, individu yang keluar itu mungkin telah dijangkiti dan berpotensi menjadi pembawa dan menjangkiti inidividu yang lain tanpa disedari.
Oleh itu, tempoh 14 hari ini merupakan tempoh yang kritikal buat kita semua, bagi menghentikan potensi gelombang Covid-19 yang ketiga.
Tempoh Pantauan Simptom Jangkitan Virus
Selain itu, dalam tempoh 14 hari ini jangan ada pula yang mengambil sambil lewa. Pantau orang-orang sekeliling kamu, lihat jika ada dikalangan orang terdekat yang menunjukan tanda-tanda gejala seperti dijangkiti. Antara tanda-tanda tersebut adalah:
- Demam
- Batuk kering
- Sakit tekak
- Mengalami masalah saluran pernafasan
- Sakit sendi atau otot
- Sakit kepala
Jika diri kamu atau orang sekeliling menunjukan gejala-gejala seperti ini dalam tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan ni, maka segera ke hospital untuk menjalani ujian saringan. Atau kamu juga boleh membuat ujian saringan Covid-19 secara dalam talian di [SINI].
Kita Jaga Kita, 14 Hari Tak Lama Pun!
Sayangi diri, ahli keluarga dan orang sekeliling dengan mengikuti arahan pihak kerajaan dan kementerian kesihatan sepanjang tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan dijalankan. Tak lama pun 14 hari ni, dengan kerjasama semua orang kita dapat kurangkan penularan Covid-19 dari terus tersebar!
#KitaJagaKita #14HariPerintahKawalanPergerakan
Rujukan: 1,